UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Bandingan kualiti udara dan air sungai Majlis Perbandaran Kajang dan Majlis Perbandaran Seremban


Ismail, Hamidi and Md Jahi, Jamaluddin and Sani, Sham and Md Nor, Abd Rahim (2012) Bandingan kualiti udara dan air sungai Majlis Perbandaran Kajang dan Majlis Perbandaran Seremban. In: 3rd International Conference On Human Habitat and Environment In The Malay World, 19 - 20 June 2012, Institute of the Malay World and Civilisation (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. (Unpublished)

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (851kB)

Abstract

Kemerosotan ekosistem pada masa kini menimbulkan masalah pencemaran alam sekitar bandar seperti kemerosotan kualiti udara dari air sungai lantaran pembangunan yang bcrlaku dalam sesebuah bandar.Kertas kerja ini bertujuan untuk meneliti keadaan semasa kualiti udara dan air sungai kawasan Majlis Perbandaran Kajang dan Majlis Perbandaran Seremban secara bandingan.Persampelan udara di lapangan mengggunakan alat Grimn Portable Aerosol Spectrometer Model 1.108 bagi pencerapan zarahan terampai (PM10).Bagi persampelan lapangan kualiti air sungai, menggunakan alat Dissolved Oxygen Meter Model YSI 54-ARC bagi ukuran parameter DO dan pH secara in-situ.Manakala parameter BOD, COD,NH3-N dan SS pula ujian makmal dilakukan iaitu secara ex-situ.Data kualiti udara PM," dan kualiti air diperoleh daripada Jabatan Alam Sekitar dari tahun 2005-2009.Hasil kajian mendapati bahawa nilai PM10 dari tahun 2005-2009 kawasan Majlis Perbandaran Kajang sekitar 45-52 pg/m3 dengan purata keseluruhan lima tahun sekitar 49 pg/m3 dan pencerapan lapangan selama 8 jam pula menunjukkan purata 52 pg/m3.Berbanding dengan kawasan Majis Perbadaran Seremban iaitu purata dari tahun 2005-2009 sehanyak 44 pg/m3 dan pencerapan lapangan mencecah 27 pg/m3.Bagi status kualiti air kawasan Majlis Perbandaran Kajang, purata indeks bagi tahun 2005-2009 iaitu mencecah 71 dan hasil pencerapan lapangan mendapati kualiti air berindeks 65.Manakala kawasan Majlis Perbandaran Seremban pula purata berindeks tahun 2005-2009 sebanyak 73 dan pencerapan lapangan sebanyak 71. Kesemua nilai kualiti air berindeks sama ada data daripada Jabatan alam sekitar mahupun kajian lapangan bagi kedua-dua kawasan adalah dalam Kelas III iaitu sedikit tercemar yang sesuai bagi tujuan bekalan air Kategori III memerlukan rawatan rapi serta perikanan Kategori III dari jenis ternakan ikan biasa, spesies komersial yang tahan dan minuman ternakan.Keadaan ini memerlukan suatu bentuk pengurusan alam sekitar secara bersepadu.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: kualiti udara, kualiti air sungai, alam sekitar bandar
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Dr Hamidi Ismail
Date Deposited: 01 Jul 2013 08:14
Last Modified: 01 Jul 2013 08:14
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/8340

Actions (login required)

View Item View Item