mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Aplikasi konsep library 2.0 dalam perkhidmatan dan pengurusan sumber maklumat elektronik

Mustaffa, Salleh Hudin and Puteh, Nurnasran (2010) Aplikasi konsep library 2.0 dalam perkhidmatan dan pengurusan sumber maklumat elektronik. In: Seminar Kebangsaan Sumber Elektronik di Malaysia (SKSEM), 20 - 21 Disember 2010., Bayview Beach Resort, Pulau Pinang. (Unpublished)

[thumbnail of Ap.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (232kB)

Abstract

OPAC merupakan perkhidmatan tradisi perpustakaan yang mengamalkan pendekatan komunikasi sehala.Begitu juga dengan perkhidmatan sumber maklumat elektronik yang ditawarkan oleh kebanyakan pembekal pangkalan data maklumat elektronik.Kertas ini akan membincangkan secara ringkas konsep dan aplikasi Web 2.0 dan Library 2.0 meliputi definisi, teknologi yang digunakan dan beberapa laman web yang mengaplikasikan konsep Web 2.0.Perpustakaan konvensional mengamalkan komunikasi maklumat sehala berbanding dengan konsep Library 2.0 yang menitikberatkan komunikasi maklumat berbagai hala.Library 2.0 memberikan keutamaan kepada pengguna perpustakaan untuk menyumbangkan pengalaman dan pandangan mereka terhadap koleksi dan perkhidmatan perpustakaan.Library 2.0 bolehlah dikatakan perkhidmatan perpustakaan dari perspektif pengguna dan boleh menarik minat pengguna untuk memperkayakan sumber maklumat.‘Enhanced OPAC’ juga dikenali OPAC 2.0 melibatkan perlaksanaan fungsi baru dalam sistem pencari maklumat, penggunaan teknologi terkini untuk pertukaran data, kandungan tambahan yang memberi penerangan lanjut berhubung dengan bahan dalam koleksi perpustakaan, berupaya menggunakan perkhidmatan pihak ketiga dan penggunaan aplikasi Web 2.0.Pengguna akan memperolehi maklumat yang lebih terperinci berkaitan bahan dalam koleksi perpustakaan dan juga boleh menyumbangkan pandangan mereka terhadap koleksi perpustakaan di masa hadapan.Kertas ini menerangkan konsep dan kaedah mengaplikasikan konsep Library 2.0 untuk meningkatkan keupayaan perkhidmatan OPAC dan memuaskan keperluan pengguna terutamanya generasi kini yang dikenali ‘Net Generation’.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Dianjurkan oleh Perpustakaan, Universiti Malaysia Perlis dengan kerjasama Malaysian Online E-Resources (MOLEC) dan sokongan padu Persatuan Pustakawan Malaysia Kumpulan Utara
Uncontrolled Keywords: Perpustakaan; Katalog; OPAC; Library 2.0; Web 2.0; Teknologi maklumat; Internet; Sistem Komputer Perpustakaan
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z665 Library Science. Information Science
Divisions: Perpustakaan Sultanah Bahiyah
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 19 Nov 2013 07:46
Last Modified: 19 Nov 2013 07:46
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/9337

Actions (login required)

View Item View Item