UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Maksud 'Pemaju Perumahan': Suatu pemerhatian ke atas bahagian pertama maksud 'pemajuan perumahan' dari seksyen 3 Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966


Md Dahlan, Nuarrual Hilal (2004) Maksud 'Pemaju Perumahan': Suatu pemerhatian ke atas bahagian pertama maksud 'pemajuan perumahan' dari seksyen 3 Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966. In: Persidangan Kebangsaan Undang-undang, Etika dan Akhlak dalam Organisasi: Persepsi dan Amalan, 25 September 2004, Universiti Utara Malaysia.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (540kB)

Abstract

Menurut Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) (Akta tersebut'), berdasarkan seksyen 3, definisi 'Pemaju Perumahan' bermaksud: 'mana-mana orang, badan-badan perseorangan (body of persons), syarikat, firma atau pertubuhan (dengan cara apa sahaja atau bentuk nama yang diterangkan), yang terlibat di dalam atau menjalankan ke atas atau melakukan (undertakes) atau menyebabkan melakukan satu pemajuan perumahan' Seterusnya dalam seksyen yang sama perkataan 'Pemajuan Perumahan' ditakrifkan bermaksud: 'untuk memaju atau membina atau menyebabkan terbina dalam bentuk apa cara sekalipun, melebihi empat (4) unit rumah kediaman (housing accommodation) dan termasuk pengutipan wang atau melakukan apa-apa operasi pembinaan bagi maksud mendirikan rumah kediaman di dalam, pada, atas atau dibawah mana-mana tanah: atau menjual melebihi empat (4) unit lot-lot perumahan oleh tuan tanah atau nomininya dengan niat membina melebihi empat (4) unit rumah kediaman oleh tuantanah tersebut atau nomininya' Perkataan 'Rumah Kediaman' didefinisikan dengan bermaksud; termasuk mana-mana bangunan, pangsapuri (tenement) atau mesuaj (messuage) yang seluruhnya atau secara dasarnya telah dibina, diadaptasikan atau bertujuan untuk kediaman manusia (human habitation) atau sebahagiannya untuk kediaman manusia dan sebahagian yang lain untuk premis perniagaan tetapi tidak termasuk kediaman yang didirikan di atas mana-mana tanah yang bertujuan untuk atau diluluskan untuk pemajuan komersial; Selanjutkan perkataan 'Pemaju Perumahan Berlesen' bermaksud: 'mana-mana pemaju perumahan berlesen di bawah seksyen 5 menjalankan (engage) di dalam atau melakukan di atas atau melaksanakan satu pemajuan perumahan dan termasuk pemegang kuasa wakil (Power of Attorney) bagi pihak pemaju perumahan tersebut yang telah secara wajar dibuat dibawah Akta Kuasa-kuasa Wakil 1948 (Akta 424)(Powers of Attorney Act 1949)

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 283-2807-97-6 Anjuran: Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-undang, Universiti Utara Malaysia
Subjects: K Law > K Law (General)
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Dr. Nuarrual Hilal Md. Dahlan
Date Deposited: 27 Feb 2014 04:54
Last Modified: 27 Feb 2014 04:54
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/9531

Actions (login required)

View Item View Item