mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Undang-undang lama Kedah sebelum tahun 1905

Md Dahlan, Nuarrual Hilal and Hussain, Mohammad Azam (2005) Undang-undang lama Kedah sebelum tahun 1905. In: Seminar Kebangsaan Sosio-ekonomi dan IT (SEIT), 20-21 August 2005, Putra Brasmana Hotel, Perlis. (Unpublished)

[thumbnail of Nuar2.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Kedatangan penjajah barat ke atas Tanah Melayu telah menimbulkan kesan ke atas aspek politik, sosial dan ekonomi masyarakat.Merujuk kepada bidang perundangan, semasa era penjajahan British, mereka telah berpendapat bahawa Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu tidak mempunyai undang-undang yang diguna pakai sebelum tahun 1937 dan 1951.Ini menjelaskan bahawa negeri-negeri Melayu ketika itu kecuali Negeri-negeri selat, tidak mempunyai sistem perundangan. Namun ada yang berpendapat sebaliknya iaitu telah wujud sistem undang-undang di negeri-negeri Melayu sebelum era penjajahan oleh British yang begitu ketara memperkenalkan sistem perundangan mereka ke alam Melayu. Kertas kerja ini akan mengkaji mengenai fakta bahawa sama ada benar atau tidak, Negeri Kedah Darul Aman, salah sebuah Negeri Melayu, tidak mempunyai undang-undang sendiri sebelum kedatangan Inggeris. Selanjutnya, kertas kerja ini akan menghurai mengenai undang-undang sebelum kedatangan Inggeris di Kedah sekiranya ada.Seterusnya, kertas ini juga akan mengupas dan membincangkan undang-undang tersebut.Skop kertas kerja ini adalah mengenai undang-undang yang telah digunapakai di Negeri Kedah Darul Aman pada awal pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1883-1943).

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 9789833282500 Anjuran: Pusat Penyelidikan dan Perundingan, Universiti Utara Malaysia, Sintok
Subjects: K Law > K Law (General)
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Prof Dr Nuarrual Hilal Md Dahlan
Date Deposited: 27 Feb 2014 05:00
Last Modified: 27 Feb 2014 05:00
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/9533

Actions (login required)

View Item View Item