mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Komunikasi dalam kerja sosial

Shaffie, Fuziah (2013) Komunikasi dalam kerja sosial. Universiti Utara Malaysia Press, Sintok. ISBN 978-967-0474-60-1

Full text not available from this repository.

Abstract

Kehidupan seharian memerlukan komunikasi untuk menyampaikan mesej, nasihat atau pesanan kepada individu yang lain.Komunikasi juga menjadi faktor utama menentukan pelbagai jenis perhubungan yang akan dilakukan dengan orang lain.Kerja sosial ialah satu bidang yang memerlukan interaksi dan komunikasi yang berkesan dalam menyelesaikan sesuatu kes atau tugasan.Kemahiran komunikasi sangat diperlukan dalam bidang ini kerana komunikasi merupakan medium yang penting untuk berinteraksi.Pekerja sosial yang baik perlu peka dengan permasalahan klien dengan mendengar penuh teliti atau menyelami masalah klien agar mesej dan simbol yang diberikan oleh klien diterima dengan jelas untuk membantu dalam proses penyelesaian masalah. Buku ini antara lain membincangkan konsep, elemen dan model komunikasi dalam proses memberi bantuan.Huraian juga diberikan kepada tiga jenis komunikasi iaitu komunikasi intrapersonal, komunikasi interpersonal dan komunikasi kelompok.Aspek lain yang turut disentuh berkaitan komunikasi massa, peralatan komunikasi, pengurusan teknologi maklumat serta etika komunikasi dalam konteks kerja sosial.Seterusnya, buku ini diterbitkan untuk kegunaan institusi pengajian yang berkaitan dengan kerja sosial khususnya untuk faedah pelajar, pensyarah dan pengamal kerja sosial membuat rujukan dan seterusnya memahami dengan lebih terperinci tentang maksud, elemen dan asas komunikasi sesama manusia dan dalam melakukan tugasan berkaitan amalan kerja sosial terhadap klien.

Item Type: Book
Subjects: H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Prof. Madya Dr. Fuziah Shaffie
Date Deposited: 24 Aug 2014 06:49
Last Modified: 24 Aug 2014 06:49
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/11448

Actions (login required)

View Item View Item