mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Anak tak sah taraf: Siapa yang sepatutnya memberi nafkah?

Md Dahlan, Nuarrual Hilal and Ahmad, Abd Ghani (2014) Anak tak sah taraf: Siapa yang sepatutnya memberi nafkah? In: UUM International Conference on Governance 2014 (ICG), 29th - 30th November 2014, Flamingo Hotel By The Beach, Pulau Pinang.

[thumbnail of 3.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (440kB) | Request a copy

Abstract

Kelahiran anak tak sah taraf dalam negara kita semakin bertambah dari semasa ke semasa.Senario ini amat membimbangkan masyarakat hari ini.Kelahiran mereka menimbulkan persoalan mengenai siapakah yang perlu bertanggungjawab untuk menguruskan kehidupan mereka terutamanya dari aspek nafkah; adakah tanggungjawab itu semata-mata dibebankan ke atas ibu yang melahirkannya? Jika ibu tersebut tidak berkemampuan untuk memberi nafkah, siapakah yang harus memikul tanggungjawab tersebut demi memastikan kebajikan dan pengurusan hidup anak tak sah taraf tidak terabai? Terdapat bukti-bukti bahawa kebajikan anak tak sah taraf diabaikan di Malaysia.Objektif penulisan ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti pihak manakah yang bertanggungjawab untuk memberi nafkah kepada anak tak sah taraf berdasarkan Hukum Syarak dan peruntukan undang-undang sedia ada.Kaedah penulisan ini berbentuk kualitatif sosial dan undang-undang berdasarkan data primer dan sekunder berkaitan dengan anak tak sah taraf.Kaedah kepustakaan adalah asas utama dalam penulisan ini yang menganalisa secara induktif dan deduktif merujuk dalil-dalil usul fiqh Islam dan undang-undang sehingga mencapai satu kesimpulan yang kukuh dalam mengenal pasti pihak yang wajib memberi nafkah kepada anak tak sah taraf.Hasil penulisan ini mendapati bahawa ibu merupakan orang yang bertanggungjawab memberi nafkah kepada anak tak sah taraf.Sekiranya ibu tidak berupaya akibat kemiskinan atau tidak mempunyai pendapatan maka tanggungjawab nafkah diturunkan kepada waris ibu dan sekiranya tiada, tanggungjawab ini dibebankan ke atas bahu pihak pemerintah.Namun begitu, tiada pula peruntukan Hukum Syarak dan undang-undang yang mewajibkan bapa biologi yang menjadi penyebab kelahiran memberi nafkah kepada anak tak sah taraf.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN NO: 978-983-2078-95-1 Organized by: Institute for Governance and Innovation Studies, UUM College of Law, Government and International Studies, Universiti Utara Malaysia In Collaboration with: Fakultas Ilmu Sosial dan Politik, Universitas Muhammadiyah Malang, Indonesia
Uncontrolled Keywords: Anak Tak Sah Taraf, Nafkah Dan Kebajikan Anak Tak Sah Taraf, Hukum Syarak, Undang-Undang Keluarga Islam, Pihak Yang Bertanggungjawab Memberi Nafkah Dan Melaksanakan Kebajikan
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
K Law > K Law (General)
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Prof Dr Nuarrual Hilal Md Dahlan
Date Deposited: 30 Dec 2014 07:33
Last Modified: 30 Dec 2014 07:33
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/12912

Actions (login required)

View Item View Item