mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pola capaian pengguna ke laman web perpustakaan di Malaysia

Hashim, Roosfa (2004) Pola capaian pengguna ke laman web perpustakaan di Malaysia. In: Seminar Kebangsaan Perpustakaan di Malaysia, 25-27 Mei 2004, Berjaya Langkawi & Spa Resort Langkawi, Kedah. (Unpublished)

[thumbnail of roosfa-pwork.pdf]
Preview
PDF
Download (117kB) | Preview

Abstract

Selain Perpustakaan Negara Malaysia, kebanyakan perpustakaan di Malaysia sudah membangunkan laman web masing-masing. Perpustakaan ini termasuklah pelbagai perpustakaan awam negeri, perpustakaan penyelidikan di pelbagai institusi pengajian tinggi awam dan kolej swasta, serta perpustakaan khusus di pelbagai pusat penyelidikan dan agensi. Kebanyakan laman ini menawarkan pelbagai perkhidmatan dalam talian kepada pengguna. Kajian ini dilakukan dengan dua tujuan melihat pola serta trend capaian pengguna ke laman-laman perpustakaan di negara ini. Kajian ditumpukan kepada laman-laman web perpustakaan yang mempunyai penghitung pelawat (visitors counter). Pertumbuhan angka pengunjung direkodkan bagi tempoh sebulan antara awal Mac dan April 2004. Kajian ini turut mendapatkan pandangan beberapa pustakawan dan webmasters yang mengendalikan laman-laman web beberapa buah perpustakaan. Suatu soal selidik juga dilakukan ke atas 112 responden bagi melihat corak capaian mereka di laman-laman web perpustakaan ini. Kajian ini mendapati beberapa buah laman web perpustakaan di negara ini menerima capaian tinggi dan terdapat pula yang kurang dicapai. Laman-laman yang lebih banyak dicapai oleh pengguna adalah yang menawarkan pelbagai perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna serta dapat dicapai dengan pantas. Selain itu, beberapa laman web perpustakaan di negara ini didapati sukar dicapai, atau tidak dapat dicapai pada waktu tertentu.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Internet, websites, digital libraries, virtual libraries, electronic libraries
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z719 Libraries (General)
Divisions: Perpustakaan Sultanah Bahiyah
Depositing User: Mrs. Juwita Johari
Date Deposited: 21 Feb 2011 00:29
Last Modified: 21 Feb 2011 00:29
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2228

Actions (login required)

View Item View Item