mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Rekabentuk sistem pemprosesan tesis secara automatik

Salim, Juhana and Othman, Shahizan and Mohd. Salleh, Syahanim and Shukur, Zarina and Mohd. Zin, Abdullah and Hassan, Rosilah and Ayob, Masri (2004) Rekabentuk sistem pemprosesan tesis secara automatik. In: Seminar Kebangsaan Perpustakaan di Malaysia, 25-27 Mei 2004, Berjaya Langkawi & Spa Resort Langkawi, Kedah. (Unpublished)

[thumbnail of drjuhana-_pwork.pdf]
Preview
PDF
Download (284kB) | Preview

Abstract

Perpustakaan yang merupakan gedung ilmu yang penting perlu disediakan dengan kemudahan selaras dengan perkembangan ICT (Information Communication Technology). Ini adalah bertujuan untuk menggalakkan dan memudahkan orang ramai menggunakan perpustakaan. Gabungan teknologi digital dan rangkaian komunikasi ini membolehkan pengguna mengetahui koleksi sesebuah perpustakaan atau pusat sumber melalui Katalog Awam dalam talian atau OPAC (Online Public Access Catalogue) di mana sahaja mereka berada dan pada bila-bila masa. Kewujudan Katalog Awam Dalam Talian (OPAC)yang telah wujud semenjak awal tahun 80-an bukan sahaja berfungsi untuk memaklumkan kepada pengguna tentang bahan koleksi yang terdapat dalam perpustakaan malah turut menunjukkan status bahan yang dipesan tetapi belum di terima serta menyatakan bahan yang sudah dipinjam dan tarikh pemulangan. Pengguna juga boleh membuat tempahan dan membuat capaian koleksi perpustakaan lain (Ding 1998). Sistem pengurusan sumber maklumat yang lebih cekap dan baik membantu pengguna membuat capaian maklumat serta memudahkan pihak pengurusan menguruskan pusat sumber. Kemajuan teknologi ICT yang dibincangkan di atas turut di rasai oleh insitusi pengajian tinggi termasuk di pusat sumber, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z665 Library Science. Information Science
Divisions: Perpustakaan Sultanah Bahiyah
Depositing User: Mrs. Juwita Johari
Date Deposited: 02 Feb 2011 04:16
Last Modified: 02 Feb 2011 04:16
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2265

Actions (login required)

View Item View Item