mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Alasan dalam membuat keputusan - wajarkah diketepikan?

Romli, Fariza (2010) Alasan dalam membuat keputusan - wajarkah diketepikan? UUM Journal of Legal Studies , 1 (2010). pp. 87-105. ISSN 2229-984X

[thumbnail of Al.pdf] PDF
Restricted to Repository staff only

Download (352kB)

Abstract

Alasan dalam membuat keputusan merupakan salah satu elemen penting yang terdapat dalam prinsip pertama konsep keadilan asasi iaitu "audi alteram partem". Prinsip keadilan prosedur menggalakkan pelaksanaan konsep memberi alasan terhadap keputusan yang dibuat oleh pihak pentadbiran. Walaupun sehingga kini Common Law sendiri tidak mewajibkan pihak yang membuat keputusan untuk memberikan alasan dalam setiap keputusan yang dibuat, tetapi terdapat beberapa buah negara lain yang telah mengamalkannya. Ramai yang sedar bahawa alasan terhadap keputusan merupakan salah satu asas penting bagi ciri-ciri sebuah pentadbiran yang baik (good administration) (Breen v AEU (1971) 2 QB 143), tetapi banyak negara yang masih kurang memberi perhatian yang sewajarnya terhadap isu di atas. Keadaan yang sama berlaku di Malaysia di mana alasan akan diberi bergantung kepada keadaan kes dan bukannya suatu perkara yang wajib untuk dilaksanakan. Oleh itu, artikel ini akan mengenengahkan alasan-alasan positif dan negatif sekiranya konsep alasan dalam membuat keputusan diwajibkan ke atas pihak pentadbiran atau pihak pengurusan yang diberi kuasa untuk membuat sesuatu keputusan, selain meninjau contoh-contoh negara yang telah melaksanakannya. Artikel ini juga akan merujuk kepada perkembangan kes-kes undang-undang khususnya di United Kingdom dan juga negara-negara lain yang mengamalkan sistem Common Law termasuk di Malaysia. Perbincangan dalam kertas kerja ini dapat membuahkan hasil yang positif mengenai isu di atas dalam usaha untuk memastikan sesebuah negara itu bertindak secara adil serta lebih diyakini oleh rakyatnya di samping berusaha mengamalkan ciri-ciri pentadbiran yang baik (good administration) yang menjadi matlamat setiap negara dalam semua aspek sama ada melibatkan individu, korporat dan sebagainya.

Item Type: Article
Subjects: K Law > K Law (General)
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 12 Mar 2012 23:48
Last Modified: 12 Mar 2012 23:48
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/5226

Actions (login required)

View Item View Item