mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Cabaran integrasi aplikasi teknologi maklumat di perpustakaan: Penentuan wajaran dari perspektif indeks pelbagai kriteria

Taib, Che Azlan and Ahmad, Hartini and Osman, Nor Hasni (2010) Cabaran integrasi aplikasi teknologi maklumat di perpustakaan: Penentuan wajaran dari perspektif indeks pelbagai kriteria. In: National Seminar on Information Technology in the Library, 3-5 August 2010, Bayview Hotel, Penang, Malaysia. (Unpublished)

[thumbnail of SPEAKER_CHE_AZLAN.pdf]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview

Abstract

Revolusi teknologi maklumat (IT) telah mengubah landskap bagaimana kakitangan perpustakaan mengurus kerja hakiki mereka di samping mempengaruhi tugas perpustakaan dalam penyediaan maklumat kepada pengguna serta berjaya memudahkan pengguna mengakses pelbagai maklumat di perpustakaan. IT juga membawa cabaran dan halangan baru kepada perpustakaan. Kajian-kajian mendapati implementasi IT menyebabkan pelbagai halangan dalaman/langsung dan luaran/tak langsung kepada perpustakaan. Punca kepada halangan tak langsung, iaitu berkaitan kakitangan dapat dielak dan dikurangkan sekiranya pengurusan sumber manusia yang berkesan dapat dilakukan. Kajian ini bertujuan menyelidik sejauh mana aplikasi IT mempengaruhi tiga konstruk aktiviti pengurusan manusia iaitu komunikasi, latihan dan kepuasan kerja. Seramai 153 responden telah terlibat; 67 responden lelaki dan 84 perempuan; 48 responden berpengalaman lebih 5 tahun, 27 responden pengalaman 3~5 tahun, 41 responden 1~3 tahun dan 36 kurang 1 tahun; 8 responden adalah pustakawan, 116 pembantu perpustakaan, 6 responden kerani dan 17 responden lain-lain. Berdasarkan pendekatan pembuatan keputusan multi-kriteria, penentuan wajaran berbentuk objektif digunakan. Dapatan kajian menunjukkan elemen mengikut pangkat tertinggi ialah elemen (i) perubahan dalam perpustakaan dihebahkan dengan jelas kepada kakitangan bagi konstruk komunikasi; (ii) latihan yang diberikan kepada kakitangan baru mencukupi bagi konstruk latihan; dan (iii) tiada pilih kasih dalam peluang kenaikan pangkat dalam organisasi merupakan bagi konstruk kepuasan kerja.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Teknologi Maklumat, Pengurusan Manusia, Wajaran, Sisihan Piawai, Indeks Pelbagai Kriteria
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z665 Library Science. Information Science
Divisions: Perpustakaan Sultanah Bahiyah
Depositing User: Assoc.Dr. Che Azlan Taib
Date Deposited: 10 Aug 2010 07:38
Last Modified: 17 Oct 2010 08:57
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/544

Actions (login required)

View Item View Item