mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Berkarya di alam siber: Jaringan ilmu tanpa sempadan, tanpa mengira waktu, dan tanpa mengambil kira siapa pensiber

Ab Rahman, Mohamad Azmi and Awang Deng, Phat (2010) Berkarya di alam siber: Jaringan ilmu tanpa sempadan, tanpa mengira waktu, dan tanpa mengambil kira siapa pensiber. In: National Seminar on Information Technology in the Library, 3-5 August 2010, Bayview Hotel, Penang, Malaysia. (Unpublished)

[thumbnail of AZMI_RAHMAN.pdf]
Preview
PDF
Download (627kB) | Preview

Abstract

Kemunculan media baru, misalnya blog, SMS, YouTube, facebook, dan twitter dalam era teknologi dan globalisasi telah mengubah cara dan gaya berinteraksi, menyebarkan dan mewujudkan jaringan ilmu, serta melahirkan ramai pensiber. Selain itu, penciptaan komputer yang berinternet telah memunculkan eJurnal (http://www.doaj.org/) di http://cmslib.uum.edu.my/psb/ eAkhbar, eMajalah, eBook (http://en.wikipedia.org/wiki/E-book) atau eBuku. Paparan dan penyebaran pelbagai ilmu dalam apa jua bahasa di mayapada ini melalui media elektronik begitu sibuk lalu lintasnya di lebuh raya siber; tidak terkecuali karya sastera yang dipaparkan dan dikomposisikan dalam satu-satunya majalah sastera elektronik berbahasa Melayu di dunia, iaitu eSastera.com (http://esastera.com) yang muncul sejak 2002 dengan nama asalnya CommunityZero (http://communityzero.com) yang diasaskan oleh Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Bin Wan Abas atau nama penanya Dr. Irwan. (http://esasterawan.org/irwan). Di ruang eSastera.com atau di eSasterawan.net, para pensiber (penulis/ pengarang siber) berkarya; menulis entri di blog untuk bacaan khalayak siber, menulis karya kreatif; sajak, sajen (sajak jenaka), puisi Melayu tradisional, pantun, soneta, ulasan dan kritikan sastera, haiku dan tankya, cerpen, drama, novel, bicara karya sastera PMR dan SPM, madah serta berinteraksi di alam siber atas nama sastera, seni dan budaya Melayu. Pensiber memanfaatkan pelbagai ilmu dalam pelbagai disiplin; bahasa, politik, agama, dan ekonomi, sastera, untuk tujuan sama ada penyampaian dan perkongsian ilmu atau penyataan fikir rasa pensiber terhadap sesuatu isu yang menyentuh manusia sejagat. Pensiber memanfaatkan teknologi yang sedia ada terutamanya internet, dan mengakses bahan-bahan dari laman blog, audio-video, imej, dan animasi, sekaligus diri pensiber berada dalam sebuah perpustakaan atau dunia siber ilmu. Justeru, kertas kerja ini menghuraikan manfaat oleh khalayak siber terhadap pelbagai fikir rasa pensiber dalam karya siber. Selain itu, aplikasi pelbagai unsur siber atau multimedia, dan taupan (link) ilmu ke laman blog di luar karya.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Organized by Sultanah Bahiyah Library, Universiti Utara Malaysia
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Perpustakaan Sultanah Bahiyah
Depositing User: Mrs. Juwita Johari
Date Deposited: 08 Oct 2010 06:58
Last Modified: 08 Oct 2010 06:58
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/572

Actions (login required)

View Item View Item