Radzwan, Asyraf and Ibrahim, Nur Hadi and Awang, Mohd Mahzan and Kutty, Faridah Mydin (2014) Kesejahteraan rakyat Malaysia berdasarkan Legatum Prosperity Index. In: International Social Development Conference 2014 (ISDC 2014), 12 – 13 August 2014, Bayview Hotel Langkawi, Malaysia.
![]() |
PDF
Restricted to Registered users only Download (2MB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat secara terperinci tentang indeks kesejahteraan rakyat Malaysia dari tahun 2010 sehingga 2013 dari perspektif antarabangsa iaitu berdasarkan Legatum Prosperity Index.Legatum Prosperity Index merupakan sebuah organisasi bebas yang berpejabat di London, United Kingdom.Legatum Prosperity Index meletakkan lapan elemen dalam penilaian kesejahteraan rakyat iaitu modal sosial, kebebasan individu, keselamatan, kesihatan, pendidikan, tadbir urus, keusahawanan dan ekonomi.Analisis ini memfokuskan kepada kedudukan Malaysia dalam tangga antarabangsa.Kajian mendapati Malaysia berada di tangga ke 44 daripada 142 negara pada tahun 2013. Analisis ini juga menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia bertambah baik apabila ia berada pada tangga ke lapan pada tahun 2013 berbanding tangga ke 17 pada tahun 2011.Walau bagaimanapun aspek keselamatan semakin membimbangkan apabila kedudukan negara terhadap aspek keselamatan telah menjunam dari tahun 2011 (tangga ke 53) ke tangga 64 pada tahun 2013.Sedikit peningkatan pada kualiti pendidikan apabila Malaysia berada di tangga ke 34 pada tahun 2013 berbanding tangga ke 35 pada tahun 2011.Elemen- elemen lain dalam indeks ini dibincangkan secara terperinci dalam artikel ini.Kedudukan dalam Asia Pasifik menunjukkan bahawa Malaysia berada di tangga ke 8 mengatasi Thailand (tangga ke-11), Filipina (tangga ke-16) dan Indonesia (tangga ke-17). Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa Malaysia mempunyai potensi untuk mencapai kesejahteraan negara maju.Walau bagaimanapun, aspek seperti keselamatan, pendidikan, tadbir urus, kesihatan, kebebasan individu, modal sosial, dan keusahawanan perlu diberi perhatian.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Additional Information: | ISBN: 978-967-0474-74-8 Organized by: School of Social Development (SSD), UUM College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia. |
Uncontrolled Keywords: | keselamatan rakyat, ekonomi, pendidikan, rantau Asia Pasifik, tangga |
Subjects: | H Social Sciences > HC Economic History and Conditions |
Divisions: | School of Applied Psychology, Social Work & Policy |
Depositing User: | Mrs. Norazmilah Yaakub |
Date Deposited: | 02 Mar 2015 06:02 |
Last Modified: | 24 May 2016 04:00 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/13274 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |