Roslan, Muhammad Ariffin Surdi and Hashim, Hasnizam and Baharuddin, Ahmad Syukran and Ab Rahman, Azman (2021) Analisis literatur tentang tatacara perbicaraan jenayah syariah bagi Orang Kurang Upaya di Mahkamah Syariah. UUM Journal of Legal Studies (UUMJLS), 12 (01). pp. 247-271. ISSN 2229-984X
PDF
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (587kB) | Request a copy |
Abstract
Pada masa kini, tidak diketahui sejauh mana Mahkamah Syariah di Malaysia mengendalikan kes-kes jenayah Syariah yang membabitkan Orang Kurang Upaya (OKU). Akta dan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri-negeri tidak memperincikan tatacara perbicaraan yang tertentu bagi kes-kes jenayah Syariah membabitkan OKU. Ketiadaan satu tatacara perbicaraan khusus menimbulkan kebimbangan tentang penjagaan hak-hak OKU semasa perbicaraan kes-kes jenayah Syariah. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis literatur mengenai tatacara perbicaraan kes jenayah Syariah bagi OKU di Mahkamah Sariah. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah analisis dokumen dan temu bual pakar iaitu Hakim Mahkamah Syariah dan Pegawai Penyelidik Mahkamah Syariah. Analisis literatur sangat penting untuk mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai perkembangan Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah dan isu-isu dasar yang berlaku antara golongan OKU dan mahkamah Syariah. Kajian ini juga penting kerana ianya selari dengan hasrat kerajaan melalui Pelan Tindakan OKU 2016-2022 dalam menggalakkan penyelidikan dan pembangunan OKU untuk usaha penambahbaikan dalam segenap aspek termasuk sistem perundangan Syariah. Dapatan kajian mendapati golongan OKU menghadapi halangan berbentuk fizikal, sosial dan budaya ketika proses perbicaraan. Sehubungan dengan itu, wujud keperluan untuk mengkaji perundangan Syariah semasa di Malaysia bagi menjunjung keadilan dan pemeliharaan hak-hak mereka. Diharapkan kajian ini menjadi panduan dan rujukan pihak berautoriti apabila mengkaji tatacara perbicaraan OKU dan perundangan pada masa hadapan.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Mahkamah Syariah, Orang Kurang Upaya, tatacara perbicaraan, tatacara jenayah Syariah |
Subjects: | K Law > K Law (General) |
Divisions: | College of Law, Government and International Studies |
Depositing User: | Mrs Nurin Jazlina Hamid |
Date Deposited: | 01 Sep 2022 03:25 |
Last Modified: | 01 Sep 2022 03:25 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/28847 |
Actions (login required)
View Item |