mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pengurusan media sosial dalam landskap hubungan pekerjaan

Mohd Nadzri, Nazruzila Razniza and Hassan, Kamal Halili (2021) Pengurusan media sosial dalam landskap hubungan pekerjaan. UUM Journal of Legal Studies (UUMJLS), 12 (01). pp. 273-299. ISSN 2229-984X

[thumbnail of UUMJLS 12 01 2021 273-299.pdf] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (450kB) | Request a copy

Abstract

Media sosial merupakan medium interaksi yang sangat berpengaruh pada era ‘Internet Benda’ ini. Kesan sesuatu hantaran di media sosial adalah tidak menentu. Dalam konteks pekerja, mencatat dan membuat hantaran di media sosial boleh mengundang implikasi terhadap hubungan pekerjaan. Artikel ini mengupas kedudukan hantaran di media sosial oleh pekerja dari perspektif undang-undang pekerjaan. Perkaitan antara kuasa prerogatif pengurusan, hak privasi pekerja serta tanggungjawab majikan dan pekerja untuk saling mempercayai dan menyakini dianalisis untuk menilai sejauh mana impak tingkah laku pekerja di media sosial kepada kontrak pekerjaan. Objektif berkenaan dicapai dengan menggunakan metodologi doktrinal, pendekatan analisis kritis dan perbandingan. Kajian ini bertujuan untuk menemukan aspek-aspek yang boleh dipertimbangkan oleh majikan dan pekerja bagi menguruskan penggunaan media sosial supaya tidak menjejaskan hubungan pekerjaan. Memandangkan tiada penyelidikan khusus tentang isu ini dalam konteks Malaysia, kajian ini berupaya menambah nilai kepada korpus ilmu sedia ada terutamanya dalam perundangan buruh di negara ini.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Undang-undang buruh, hak prerogatif pengurusan, hak privasi, hubungan pekerjaan, media sosial
Subjects: K Law > K Law (General)
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 01 Sep 2022 03:26
Last Modified: 01 Sep 2022 03:26
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/28848

Actions (login required)

View Item View Item