mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Ketidakhadiran ke sekolah: Faktor penyebab, aktiviti ketika ponteng dan aspirasi budaya belajar pelajar orang Asli

Awang, Mohd Mahzan and Khairuddin, Khairul Farhah and Ahmad, Abdul Razaq and Ab Ghani, Sayuti and Abdul Wahab, Jamalul Lail and Raja Mamat, Raja Mohd Salahuddin (2022) Ketidakhadiran ke sekolah: Faktor penyebab, aktiviti ketika ponteng dan aspirasi budaya belajar pelajar orang Asli. Malaysian Journal of Learning and Instruction (MJLI), 19 (1). pp. 277-308. ISSN 1675-8110

[thumbnail of MJLI 19 01 2022 277-308.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (3MB) | Preview

Abstract

Tujuan– Salah satu masalah utama dalam pendidikan Orang Asli di seluruh negara adalah masalah ketidakhadiran ke sekolah. Justeru, kajian ini meneroka faktor-faktor yang menyumbang kepada ketidakhadiran pelajar Orang Asli ke sekolah. Adalah diandaikan bahawa kehidupan Orang Asli di luar sekolah lebih menarik minat mereka. Maka penerokaan terhadap aktiviti yang mereka lakukan ketika ponteng dilakukan. Kajian juga meneroka budaya pembelajaran yang menjadi aspirasi pelajar Orang Asli. Metodologi– Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes menggunakan protokol temu bual ke atas pelajar Orang Asli yang kerap ponteng (n=5), ibu bapa (n=3) yang anaknya kerap ponteng sekolah, dan seorang pemimpin komuniti (Tok Batin) dari etnik Semelai di Negeri Sembilan. pelajar Analisis data menggunakan pendekatan bertema dan pengiraan terhadap peratus persetujuan Nilai Cohen Kappa menunjukkan pada tahap tinggi. Dapatan–Empat tema punca ponteng sekolah adalah sikap pelajar, pengaruh rakan sebaya, tarikan ekologi sosial, dan sikap ambil mudah ibu bapa. Enam aktiviti utama yang dilakukan ketika ponteng sekolah adalah memungut hasil hutan, memburu, membantu keluarga, tangkap ikan, bercucuk tanam dan bersosial. Hasil kajian mendapati bahawa budaya belajar yang menjadi aspirasi pelajar Orang Asli adalah pembelajaran yang bersifat praktikal dan relevan dengan cara hidup mereka. Kepentingan– Kajian ini mengadaptasi Teori Faktor Tolak-tarik berkaitan faktor penolakan (pushing factors) dan faktor penarik (pulling factors) yang amat signifikan kepada pihak sekolah untuk merekabentuk strategi menggalakkan pelajar Orang Asli hadir ke sekolah berdasarkan faktor ponteng serta aspirasi budaya pembelajaran. Hasil kajian ini bermanfaat untuk pemegang taruh pendidikan Orang Asli untuk membina satu ekosistem pembelajaran yang bersifat praktikal dan relevan dengan kehidupan Orang Asli.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Pelajar Orang Asli, ketidakhadiran sekolah, ponteng, aspirasi budaya belajar, Semelai
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 03 Oct 2022 07:29
Last Modified: 02 Feb 2023 02:09
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/28893

Actions (login required)

View Item View Item