Abdul Wahab, Norazla and Mohamad Dahalan, Hammad and Md Abd Salam, Nur Zulfah (2022) Modul latihan penasihat mahkamah bagi kanak-kanak di Malaysia: Satu cadangan penambahbaikan. Jurnal Pembangunan Sosial (JPS), 25. pp. 141-168. ISSN 1394-6528
Preview |
PDF
- Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Download (485kB) | Preview |
Abstract
Penubuhan Mahkamah bagi Kanak-kanak (MBKK) dalam sistem keadilan jenayah kanak-kanak bertujuan memberikan perlindungan undang-undang terhadap kanak-kanak. Mahkamah ini dianggotai oleh seorang Majistret dan dibantu oleh dua orang penasihat seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 11(2) Akta Kanak-Kanak 2001 (AKK 2001). Penasihat MBKK berperanan menasihati Majistret dalam memberikan perintah kepada kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang dan jika perlu menasihati ibu bapa atau penjaga kanak-kanak tersebut. Namun penasihat MBKK berdepan cabaran untuk menasihati mahkamah akibat kurang pendedahan kepada modul dan latihan berkaitan. Sekyen 11 AKK 2001 juga tidak memperuntukkan keperluan latihan bagi penasihat MBKK. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti modul dan latihan sedia ada berserta isu dan cabaran yang dihadapi oleh penasihat MBKK dan pihak-pihak terlibat berkaitan pelaksanaan modul dan latihan tersebut. Analisis dibuat terhadap jurnal akademik, dokumen perundangan dan modul berkaitan. Temu bual separa struktur turut dijalankan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan lima orang penasihat MBKK (mewakili kawasan bandar dan luar bandar) bagi mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi oleh penasihat MBKK. Kajian mendapati modul latihan bagi penasihat MBKK telah dibangunkan pada tahun 2013 oleh JKM dan Fakulti Undang-undang (FUU), Universiti Malaya yang mencakupi aspek perundangan. Namun terdapat beberapa kekangan dalam pelaksanaan modul latihan tersebut. Kajian ini mencadangkan kerangka penambahbaikan kepada modul dan latihan penasihat MBKK bagi meningkatkan wibawa serta profesionalisme penasihat MBKK selain membantu mereka untuk berperanan secara efektif dalam sistem keadilan jenayah kanak-kanak di Malaysia.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Kanak-kanak, Latihan, Mahkamah bagi Kanak-kanak, Modul, Sistem Keadilan Jenayah Kanak-kanak |
| Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology |
| Divisions: | School of Applied Psychology, Social Work & Policy |
| Depositing User: | Mrs Nurin Jazlina Hamid |
| Date Deposited: | 04 Jan 2023 05:00 |
| Last Modified: | 31 Jan 2023 08:32 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29057 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
