Ismail, Nur Syakiran Akmal and Hassan, Kalthum and Ma'adan, Marfunizah (2022) Halangan untuk mencapai keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan wanita bekerja di sektor awam. Jurnal Pembangunan Sosial (JPS), 25. pp. 169-190. ISSN 1394-6528
Preview |
PDF
- Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Download (372kB) | Preview |
Abstract
Setiap tahun Malaysia kehilangan tenaga kerja yang sangat berharga kerana konflik keluarga-kerjaya yang dihadapi oleh wanita-wanita muda yang sudah berkahwin. Banyak kajian mendapati bahawa ibu muda yang bekerja mempunyai kesukaran untuk mengimbangi antara pekerjaan dan kehidupan keluarga (Delina & Raya, 2013; Pradhan, 2016 dan Boushey, 2016). Terdapat pelbagai faktor yang mendorong fenomena tersebut. Faktor-faktor lain yang juga menyumbang kepada masalah ini ialah penyediaan yang tidak cukup dari segi fasiliti, perkhidmatan dan prasarana yang sesuai untuk menyokong keperluan wanita dalam mencapai keseimbangan kehidupan kerja dan pekerjaan. Keseimbangan kehidupan dan pekerjaan adalah penting untuk meningkatkan kebahagiaan serta kualiti hidup keluarga mereka dan seterusnya mempengaruhi produktiviti dan kreativiti mereka dalam pekerjaan. Melalui sistem sokongan yang lebih baik sebenarnya akan memberi banyak pilihan untuk wanita memilih untuk kekal dalam sektor pekerjaan walaupun harus menjaga anak-anak dan menguruskan kehidupan keluarga mereka. Oleh itu, kertas kerja ini akan membincangkan halangan-halangan yang menyumbang kepada masalah untuk mencapai keseimbangan kerja-kehidupan wanita yang bekerja di Kedah. Kaedah kajian ini adalah secara temubual. Kajian ini melibatkan responden dalam kalangan kakitangan pentadbiran dan staf sokongan di sektor awam. Kepentingan kajian adalah, dapat membantu pihak berkepentingan seperti pembuat dasar, pihak pentadbir dan agensi awam serta pelaksana untuk mendapatkan maklumat mengenai pandangan wanita di Kedah dalam konteks keseimbangan kehidupan dan kerjaya mereka.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Wanita bekerja, tugas domestik, keseimbangan kerja kehidupan, Working women, domestic duties, work-life balance |
| Subjects: | J Political Science > JA Political science (General) |
| Divisions: | School of Applied Psychology, Social Work & Policy |
| Depositing User: | Mrs Nurin Jazlina Hamid |
| Date Deposited: | 04 Jan 2023 05:01 |
| Last Modified: | 08 Feb 2023 01:18 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29058 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
Dimensions
Dimensions