mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Tahap Teknostres dalam Kalangan Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Bukan Akademik di Universiti Awam

Alis, Norzaliza and Tewiran, Syaliza Adiha (2020) Tahap Teknostres dalam Kalangan Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Bukan Akademik di Universiti Awam. Jurnal Pembangunan Sosial (JPS), 23. pp. 39-51. ISSN 1394-6528

[thumbnail of JPS 23 2020 39-51.pdf] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (404kB) | Request a copy

Abstract

Pada masa kini, perkembangan teknologi yang berkembang begitu pesat telah memberi kesan dalam semua kehidupan manusia termasuk dalam sektor pekerjaan. Kegagalan mengadaptasi penggunaan teknologi telah menyebabkan berlakunya teknostres dalam kalangan pekerja. Oleh itu, kajian tinjauan ini telah dilaksanakan bagi meninjau tahap teknostres dalam kalangan pegawai pengurusan dan profesional. Populasi bagi kajian ini adalah terdiri daripada pegawai kumpulan pengurusan dan profesional (bukan akademik) Gred 41 ke atas sama ada tetap, kontrak atau sambilan yang sedang berkhidmat. Borang soal selidik Technostress Creators telah diedarkan kepada seramai 160 orang pekerja yang telah dipilih secara rawak. Data dari soal selidik dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science 11.3 for Windows (SPSS) untuk mendapatkan skor min dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan tahap teknostres dalam kalangan pegawai pengurusan dan profesional Universiti Awam (UA) berada pada tahap sederhana. Oleh itu, beberapa cadangan telah dibuat untuk mengurangkan teknostres. Antaranya ialah setiap pekerja perlu sentiasa peka terhadap perkembangan teknologi terkini serta menyertai kursus tentang penggunaan komputer agar dapat meningkatkan kompetensi dalam bidang pekerjaan mereka.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Stres, teknostres, technostress creators, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), Universiti Awam
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology
Divisions: School of Applied Psychology, Social Work & Policy
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 09 Jan 2023 01:39
Last Modified: 09 Jan 2023 01:39
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29067

Actions (login required)

View Item View Item