mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pemahaman dan Halangan Pelajar Program Kerja Sosial terhadap Kurikulum Asas Kerja Sosial: Kepelbagaian Klien

Asalal, Nurzaimah and Abd Wahab, Haris (2020) Pemahaman dan Halangan Pelajar Program Kerja Sosial terhadap Kurikulum Asas Kerja Sosial: Kepelbagaian Klien. Jurnal Pembangunan Sosial (JPS), 23. pp. 53-78. ISSN 1394-6528

[thumbnail of JPS 23 2020 53-78.pdf] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (390kB) | Request a copy

Abstract

Kurikulum asas kerja sosial merupakan garis piawaian dalam pendidikan kerja sosial. Salah satu aspek yang perlu dalam kurikulum asas kerja sosial adalah aspek memahami kepelbagaian klien. Dalam konteks Malaysia, kepelbagaian kaum, etnik, budaya dan agama memerlukan pelajar program kerja sosial memahami dan menerima kepelbagaian tersebut agar mereka kompetensi dalam praktis kerja sosial. Satu kajian telah dilaksanakan untuk mengetahui pemahaman dan halangan pelajar terhadap kepelbagaian klien yang melibatkan seramai 279 pelajar tahun akhir program kerja sosial di enam buah universiti awam, Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan analisis data menggunakan program SPSS versi 23 menerusi ujian Jadual Silang untuk menilai tahap antara pemboleh ubah. Sebanyak sembilan item dikenal pasti dalam pengkajian ini iaitu memahami kepelbagaian klien berdasarkan etnik, budaya, gender, orientasi seksual, agama, keupayaan fizikal dan mental, umur dan latar belakang. Penemuan kajian menunjukkan sebilangan besar pelajar program kerja sosial mampu memahami aspek kepelbagaian klien dan tidak mempunyai halangan untuk memahaminya. Pemahaman pelajar program kerja sosial terhadap aspek kepelbagaian klien menunjukkan pelajar program kerja sosial telah memenuhi salah satu aspek kurikulum asas kerja sosial yang ditetapkan selaras dengan Dasar Pendidikan dan Piawai untuk Pendidikan Kerja Sosial di Malaysia.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kurikulum asas kerja sosial, memahami kepelbagaian klien, program kerja sosial
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology
Divisions: School of Applied Psychology, Social Work & Policy
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 09 Jan 2023 01:40
Last Modified: 09 Jan 2023 01:40
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29068

Actions (login required)

View Item View Item