mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pembelajaran Mod Teradun Berasaskan Modul Interactive Lecture dalam Kalangan Pelajar

Sankaran, Surendran and Saad, Norazlinda (2019) Pembelajaran Mod Teradun Berasaskan Modul Interactive Lecture dalam Kalangan Pelajar. Jurnal Pembangunan Sosial (JPS), 22. pp. 1-9. ISSN 1394-6528

[thumbnail of JPS 22 2019 01-09.pdf] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (339kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan yang signifikan antara Dimensi Reka Bentuk, Dimensi Penilaian Terhadap Pengajar, Dimensi Kandungan dan Dimensi Penilaian dengan Pembelajaran Mod Teradun Berasaskan Modul Interactive Lecture dalam kalangan pelajar yang mengambil kursus Aplikasi Komputer dalam Bahasa Melayu. Pendekatan kajian kuantitatif dalam kajian ini adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Populasi kajian ini adalah pelajar-pelajar yang mengambil kursus Aplikasi Komputer dalam Bahasa Melayu. Persampelan bertujuan dalam kajian ini digunakan untuk mendapatkan kumpulan responden yang mempunyai ciri-ciri tertentu mengikut kehendak kajian. Seramai 243 orang pelajar dipilih sebagai sampel kajian. Dalam kajian rintis, beberapa aspek penyesuaian item telah dijalankan sehingga terhasil nilai Cronbach Alpha yang tinggi (0.89). Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara Dimensi Reka Bentuk, Dimensi Penilaian Terhadap Pengajar, Dimensi Kandungan dan Dimensi Penilaian dengan Pembelajaran Mod Teradun Berasaskan Modul Interactive Lecture. Dapatan ini menjelaskan bahawa untuk meningkatkan tahap Pembelajaran Mod Teradun Berasaskan Modul Interactive Lecture dalam kalangan pelajar, dimensi Reka Bentuk, dimensi Penilaian Terhadap Pengajar, Dimensi Kandungan dan Dimensi Penilaian perlu dipertingkatkan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Interactive lecture, dimensi reka bentuk, dimensi penilaian terhadap pengajar, dimensi kandungan, dimensi penilaian
Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
Divisions: School of Applied Psychology, Social Work & Policy
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 09 Jan 2023 02:02
Last Modified: 09 Jan 2023 02:02
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29074

Actions (login required)

View Item View Item