Zainal, Muhammad Zuhair and Md Noor, Shuhaida (2023) Strategi Komunikasi Pengajaran Berpasukan Secara Maya dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa: Analisis Video Youtube Terpilih. Malaysian Journal of Learning and Instruction (MJLI), 20 (1). pp. 175-203. ISSN 1675-8110
Preview |
PDF
- Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Download (2MB) | Preview |
Abstract
Tujuan – Kajian literatur mendapati bahawa elemen komunikasi amat penting bagi menjayakan proses pengajaran berpasukan dan pelbagai strategi komunikasi yang dipraktikkan oleh guru-guru ketika melaksanakan pengajaran berpasukan secara bersemuka di dalam bilik darjah. Namun begitu, belum terdapat perbincangan yang mendalam tentang strategi komunikasi pengajaran berpasukan secara maya, khususnya yang dilaksanakan secara penstriman langsung di YouTube. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti dan menganalisis tema strategi pengajaran berpasukan secara maya dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa oleh guru sekolah rendah (SR), sekolah menengah rendah (SMR) dan sekolah menengah atas (SMA), khususnya ketika mengendalikan PdP Bahasa Melayu. Kajian ini juga akan menjelaskan pola penggunaan strategi pengajaran berpasukan secara maya dalam PdP bahasa oleh guru SR, SMR dan SMA berpandukan tema dan subtema yang telah dikenal pasti. Metodologi – Kajian kualitatif ini berbentuk kaedah tidak menonjol menggunakan teknik persampelan mudah. Sampel kajian ialah tiga video YouTube pengajaran berpasukan secara maya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu yang mewakili SR, SMR dan SMA. Pemilihan tiga video YouTube tersebut dibuat berpandukan lima garis panduan penyediaan, penilaian dan pemerhatian pembelajaran bahasa di YouTube yang diperkenalkan oleh Alhamami. Perisian ATLAS.ti digunakan bagi membuat pemerhatian mudah dan analisis tematik. Proses analisis dilakukan melalui enam fasa, iaitu membiasakan dengan data, menjana kod awal, mencari tema, menyemak tema, menentukan dan menamakan tema, serta menyediakan laporan. Dapatan – Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat tujuh tema strategi pengajaran berpasukan secara maya yang dipraktikkan oleh guru-guru, iaitu strategi membuat teguran, strategi memohon dan memberikan bantuan, strategi menarik perhatian pelajar, strategi mengawal situasi, strategi menyatakan penghargaan, strategi pengayaan maklumat dan strategi rendah hati. Signifikan – Melalui kajian ini, guru-guru dapat memantapkan pengajaran berpasukan secara maya yang akan dilakukan oleh mereka pada pasca-Covid-19 nanti dengan mengaplikasikan ketujuh-tujuh tema strategi komunikasi tersebut.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Strategi komunikasi, pengajaran berpasukan, pengajaran bahasa, pengajaran secara maya, bahasa Melayu |
| Subjects: | L Education > L Education (General) |
| Divisions: | School of Education & Modern Languages |
| Depositing User: | Mrs Nurin Jazlina Hamid |
| Date Deposited: | 04 Apr 2023 08:43 |
| Last Modified: | 04 Apr 2023 08:43 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29356 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
