mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pencapaian Akademik Murid Lelaki dan Perempuan: Peranan Sokongan Pembelajaran dan Keterlibatan Murid

Azman, Norzaini and Mohd Yusoff, Hanita (2018) Pencapaian Akademik Murid Lelaki dan Perempuan: Peranan Sokongan Pembelajaran dan Keterlibatan Murid. Malaysian Journal of Learning and Instruction (MJLI), 15 (2). pp. 257-287. ISSN 1675-8110

[thumbnail of MJLI 15 02 2018 257-287.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (2MB) | Preview

Abstract

Tujuan - Kajian ini bertujuan untuk meneliti hubungan keterlibatan murid, sokongan pembelajaran dan pencapaian akademik mengikut gender. Ia juga meneliti sama ada terdapat peranan keterlibatan sebagai perantara bagi hubungan antara faktor sokongan pembelajaran dan pencapaian murid. Metodologi - Tinjauan keratan rentas digunakan untuk mengumpul data yang melibatkan keterlibatan murid di sekolah, sokongan pembelajaran dan pencapaian akademik. Sampel kajian adalah seramai 800 orang murid yang berumur 16 tahun (lelaki n=400 dan perempuan n=400) dari sekolah menengah kawasan bandar dan luar bandar dalam daerah Kuala Selangor. Instrumen tinjauan keterlibatan murid di sekolah (The Student Engagement Scale, Lam et al.,2009) merupakan instrumen yang digunakan untuk pengumpulan data. Analisis inferensi korelasi Pearson dan regresi berganda dijalankan untuk menentukan hubungan dan sumbangan antara pemboleh ubah. Analisis model persamaan berstruktur (SEM) dilaksanakan untuk mengenal pasti peranan keterlibatan sebagai perantara bagi faktor sokongan pembelajaran dan pencapaian akademik murid, mengikut gender. Dapatan - Dapatan kajian menunjukkan hubungan yang signifikan antara keterlibatan murid, sokongan pembelajaran dan pencapaian akademik. Keterlibatan murid merupakan perantara bagi faktor sumbangan sokongan pembelajaran dan pencapaian akademik murid lelaki dan perempuan. Kepentingan - Hasil kajian ini dapat mengukuhkan teori peranan sokongan pembelajaran terhadap pencapaian murid, perbezaan gender dalam keterlibatan agar program intervensi dapat ditambahbaik bagi meningkatkan keberhasilan keterlibatan murid.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Gender, keterlibatan murid, sokongan pembelajaran, pencapaian
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 30 Apr 2023 02:09
Last Modified: 30 Apr 2023 02:09
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29419

Actions (login required)

View Item View Item