mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pertalian Antara Pengalaman Masteri Dengan Efikasi Kendiri Guru: Regresi-Meta Kajian Keratan Lintang

Nordin, Mohamad Sahari and Tunku Ahmad, Tunku Badariah and Abd Razak, Nordin and Ibrahim, Mohd Burhan and Othman, Joharry (2017) Pertalian Antara Pengalaman Masteri Dengan Efikasi Kendiri Guru: Regresi-Meta Kajian Keratan Lintang. Malaysian Journal of Learning and Instruction (MJLI), 14 (2). pp. 247-269. ISSN 1675-8110

[thumbnail of MJLI 14 02 2017 247-269.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (2MB) | Preview

Abstract

Tujuan - Analisis-meta ini pertamanya bertujuan menentu sah kekuatan pertalian (ES) antara pengamalan masteri dengan efikasi kendiri guru. Kedua, kajian ini juga meninjau faktor moderator yang mungkin mempengaruhi ES tersebut. Metodologi - Data analisis adalah bersumberkan sejumlah 26 kajian emperis terdahulu yang pada keseluruhannya melibatkan penyertaan 10,752 orang guru dengan berasaskan kriteria pemilihan konvensional. Untuk mengesan variabel moderator, prosedur regresi-meta telah digunakan. Dapatan - Keputusan analisis-meta menyokong jangkaan bahawa pengalaman masteri mempengaruhi efikasi kendiri guru secara positif. Juga, sifat sampel, instrument mengukur efikasi kendiri guru dan budaya lokasi tempat bertugas secara kolektif berperanan sebagai moderator dalam mempengaruhi kekuatan pertalian pengalaman masteri-efikasi kendiri guru. Signifikan - Hasil kajian menyumbangkan kepada pemahaman dan penyelidikan dalam bidang kognitif sosial dan efikasi kendiri. Seterusnya, terdapat implikasi praktikal yang wajar diambil kira oleh pembuat dan pelaksana dasar yang berkaitan dengan pembangunan professional guru.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Efikasi Kendiri Guru, Pengalaman Menguasai Kepakaran, Latihan Dalam Perkhidmatan, Analisis-Meta, Budaya Kerja
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 22 May 2023 09:18
Last Modified: 22 May 2023 09:18
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29453

Actions (login required)

View Item View Item