Wan Idrus, Sharifah Athirah and Mat Zain, Mat Noor and Samuri, Mohd Al-Adib (2018) Majlis Penasihat Syariah Sebagai Rujukan Kehakiman Dalam Pertikaian Kewangan Di Mahkamah Sivil Di Malaysia. International Journal of Islamic Business (IJIB), 3 (2). pp. 15-26. ISSN 0127- 662X
Preview |
PDF
- Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Download (718kB) | Preview |
Abstract
Dalam mengukuhkan pembangunan Sistem Kewangan Islam di Malaysia, Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia telah ditubuhkan bagi menyelaras prinsip-prinsip Syariah dalam isu-isu kewangan Islam dan menjadi bahan rujukan utama dalam kes kewangan Islam di Malaysia seperti yang telah diperuntukkan di dalam seksyen 56 dan 57 Akta Bank Negara Malaysia 2009. Namun demikian, terdapat beberapa kes yang diputuskan masih tidak merujuk kepada MPS. Apakah sumber rujukan hakim Mahkamah Sivil dalam memutuskan kes kewangan Islam? Kertas kerja ini mengupas tentang rangka kerja penyelesaian pertikaian kes kewangan Islam di Malaysia dan menganalisis beberapa rujukan kes kewangan Islam. Metode yang digunakan dalam menghasilkan kertas kerja ini adalah kaedah kualitatif. Pengumpulan data dilakukan bagi menganalisis maklumat daripada buku, jurnal, kajian ilmiah, disertasi, tesis, kertas kerja, laporan bertulis dan lain-lain sumber yang berkaitan. Antaranya, maklumat yang dikumpulkan adalah rekod-rekod mahkamah iaitu kes-kes perbankan Islam yang telah diputuskan dan juga ulasan penghakiman yang sedia ada. Kajian ini mendapati bahawa mahkamah lebih cenderung dalam memutuskan isu berbangkit berkaitan Syariah tanpa merujuk kepada MPS. Oleh yang demikian, aspek pelaksanaan rujukan kehakiman bagi pertikaian kewangan Islam perlu diberi perhatian bagi memastikan kredibiliti institusi kehakiman dapat dipertingkatkan pada masa akan datang.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Isu Syariah, rujukan hakim, kes kewangan Islam, MPS, Mahkamah Sivil |
| Subjects: | H Social Sciences > HG Finance |
| Divisions: | Islamic Business School |
| Depositing User: | Mrs Nurin Jazlina Hamid |
| Date Deposited: | 29 May 2023 08:48 |
| Last Modified: | 29 May 2023 08:48 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29478 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
Dimensions
Dimensions