mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pengurusan Pembiayaan Perdagangan Antarabangsa Islam Dalam Sistem Perbankan Islam Di Malaysia

Ahmad Razimi, Mohd Shahril and Abdul Rahim, Ahmad Khilmy and Mohd Noor, Mohd Murshidi (2017) Pengurusan Pembiayaan Perdagangan Antarabangsa Islam Dalam Sistem Perbankan Islam Di Malaysia. International Journal of Islamic Business (IJIB), 2 (1). pp. 1-14. ISSN 0127- 662X

[thumbnail of IJIB 02 01 2017 1-14.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (1MB) | Preview

Abstract

Perkhidmatan pembiayaan perdagangan antarabangsa mula diperkenalkan dalam sistem perbankan Islam di Malaysia pada awal 1990an apabila terdapat keperluan terhadap instrumen-instrumen Islam dalam bentuk perdagangan terutamanya di peringkat antarabangsa. Kebanyakan instrumen-instrumen pembiayaan perdagangan adalah berasaskan instrumen konvensional seperti surat jaminan bank (BG), surat kredit(LC), bil penerimaan(AB), jaminan perkapalan(SG), pembiayaan semula kredit eksport (ECR dan lain-lain. Untuk membolehkannya diterima oleh perbankan Islam, maka beberapa pengubahsuaian dilakukan supaya selaras dengan kehendak syariah seperti mengaplikasikan kontrak-kontrak muamalat Islam dalam produk-produk tersebut . Kontrak-kontrak muamalat yang banyak digunakan dalam produk-produk pembiayaan perdagangan antarabangsa Islam ialah murabahah, bai- al-dayn, kafalah dan wakalah. Kertas kerja ini menganalisis pengurusan pembiayaan perdagangan antarabangsa secara Islam yang dilaksanakan oleh bank-bank Islam di Malaysia dari aspek kontrak-kontrak muamalat yang digunakan dan produk-produk yang ditawarkan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Pengurusan, Pembiayaan Perdagangan Antarabangsa Islam, Sistem Perbankan Islam
Subjects: H Social Sciences > HG Finance
Divisions: Islamic Business School
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 11 Jun 2023 14:25
Last Modified: 11 Jun 2023 14:25
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29535

Actions (login required)

View Item View Item