Mat Ali, Nor A’tikah and Mahamood, Yahaya and Alis, Norzaliza and Mohd Nasir, Mohd Azrin and Mohd Faudzi, Farah Nadia and Ismail, Suzila (2022) Model Kesihatan Mental dan Tingkahlaku Kewarganegaraan Organisasi Pegawai Polis di Malaysia dalam Menghadapi Era Revolusi 4.0. Other. UUM. (Unpublished)
|
PDF
- Submitted Version
Restricted to Registered users only Download (781kB) | Request a copy |
Abstract
Kesejahteraan masyarakat bergantung kepada keberkesanan tugas pegawai polis dalam menjamin keselamatan negara. Bagi memastikan mereka dapat menjalankan tugas dengan baik, kesihatan mental yang baik secara menyeluruh merangkumi aspek kesejahteraan emosi, psikologi dan sosial haruslah diutamakan. Kesihatan mental yang baik juga penting dalam membantu meningkatkan tingkah laku positif di tempat kerja terutamanya Tingkah laku Kewarganegaraan Organisasi (TKO). Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmana kesihatan mental yang baik dalam kalangan pegawai polis memberikan kesan kepada TKO mereka di tempat kerja. Oleh itu, pengkaji akan menguji kesahan dan kesepaduan model bagi kesihatan mental dan TKO pegawai polis di Malaysia. Kesihatan mental diukur menerusi kesejahteraan emosi, kesejahteraan psikologi dan kesejahteraan sosial pegawai polis, manakala TKO diukur berdasarkan kepada TKO pegawai polis terhadap organisasi (TKO-O) dan TKO terhadap individu (TKO-I). Reka bentuk kajian adalah mixed method yang melibatkan pengumpulan data secara kuantitatif pada peringkat pertama kajian dan pengumpulan data secara kualitatif pada peringkat kedua kajian. Seramai 615 pegawai polis di IPK Kuala Lumpur terlibat sebagai responden kajian bagi data kuantitatif. Seramai empat orang pegawai polis pula terpilih dalam sesi temu bual untuk data kualitatif. Data kuantitatif dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Science (SPSS) dan Analysis of a Moment Structures (AMOS) manakala data kualitatif dianalisis menggunakan analisis tematik iaitu melibatkan tiga tahap iaitu pengkodan (coding), nota memo (memoing) dan penjelasan mendalam (thick descriptions). Hasil dapatan menunjukkan model modifikasi telah mencapai nilai indeks kesepadanan yang sepadan seperti dicadangkan, maka model modifikasi kesihatan mental dan TKO pegawai polis di Malaysia disahkan.
| Item Type: | Monograph (Other) |
|---|---|
| Additional Information: | S/O 14422-FRGS |
| Uncontrolled Keywords: | Kesejahteraan emosi, kesejahteraan psikologi, kesejahteraan sosial, tingkah laku kewarganegaraan organisasi |
| Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology |
| Divisions: | Research and Innovation Management Centre (RIMC) |
| Depositing User: | Mrs Nurin Jazlina Hamid |
| Date Deposited: | 21 Jun 2023 14:38 |
| Last Modified: | 21 Jun 2023 14:38 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29566 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
