Mohamad Zain, Farah and Abdul Karim, Abdul Malek and Sailin, Siti Nazuar and Kasim, Marini (2022) Kerangka Rekabentuk Realiti Luasan Dalam Pengalaman Pembelajaran Imersif (RRLuPPI) Untuk Pendidikan 4.0. Project Report. UUM. (Unpublished)
|
PDF
- Submitted Version
Restricted to Registered users only Download (10MB) |
Abstract
Dalam sistem pendidikan negara, wujud sebilangan pelajar yang mengalami masalah pembelajaran iaitu lemah dari aspek penguasaan kemahiran belajar berikutan pengekalan tumpuan yang singkat dan kesukaran untuk memastikan pelajaran yang disampaikan diperolehi dengan kadar sepatutnya. Oleh itu, pelbagai aplikasi pembelajaran, multimedia dan teknologi terkini diperkenalkan untuk meningkatkan kefahaman pelajar. Antaranya ialah pembelajaran berasaskan video (Flandin, Borer & Gaudin, 2018), platform pembelajaran MOOC (Gao, 2018), pengajaran dan pembelajaran digital (Mavridi, 2018) dan penggunaan Web 2.0 (Bergin, 2019). Walau bagaimanapun, kebanyakan aplikasi pembelajaran ini tidak memfokuskan kepada pengalaman pembelajaran imersif dan realiti luasan yang berpotensi untuk meningkatkan motivasi pelajar, memberikan impak positif terhadap pengalaman pembelajaran terutama bagi pelajar lemah (Freitas & Campos, 2008). Aplikasi reality luasan yang sedia ada memfokuskan kepada hasil penggunaannya terhadap pencapaian dan persepsi pelajar tanpa mengambil kira elemen-elemen yang perlu ada termasuklah teori pembelajaran dan prinsip rekabentuk dalam menghasilkan realiti luasan. Realiti luasan yang direkabentuk dengan baik berpotensi untuk menggalak, merangsang, memotivasi dan meningkatkan penglibatan pelajar (Kerawalla et al., 2006). Oleh itu, penyelidik mencadangkan pembangunan kerangka Rekabentuk Realiti Luasan dalam Pengalaman Pembelajaran Imersif (RRLuPPI) sebagai panduan kepada guru, pensyarah, pereka bentuk pengajaran dan pereka bentuk aplikasi dalam mereka bentuk RRLuPPI dengan mengambilkira teori pembelajaran dan prinsip rekabentuk yang bersesuaian. Objektif kajian ini ialah (i) mengenalpasti elemen-elemen kerangka RRLuPPI, (ii) menguji kerangka RRLuPPI dari segi kesahan, kebolehpercayaan dan kebolehgunaan dan (iii) menghasilkan kerangka RRLuPPI yang telah diuji, disahkan dan boleh digunakan. Kajian ini menggabungkan kaedah kualitatif dan kuantitatif yang melibatkan (i) analisis elemen-elemen dalam kerangka RRLuPPI, (ii) pembinaan kerangka RRLuPPI, (iii) pengujian kerangka RRLuPPI dan (iv) penghasilan kerangka RRLuPPI yang telah diuji, disahkan dan boleh digunakan. Hasil kajian ini relevan dengan dasar kerajaan, Anjakan 7 iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara dengan menerapkan teknologi digital terkini dalam pengajaran dan pembelajaran secara formal mahupun informal.
| Item Type: | Monograph (Project Report) |
|---|---|
| Additional Information: | S/O 14425-FRGS |
| Uncontrolled Keywords: | realiti luasan, pembelajaran imersif, teori pengajaran |
| Subjects: | L Education > L Education (General) |
| Divisions: | Research and Innovation Management Centre (RIMC) |
| Depositing User: | Mrs Nurin Jazlina Hamid |
| Date Deposited: | 21 Jun 2023 15:02 |
| Last Modified: | 21 Jun 2023 15:02 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29568 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
