mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Tinjauan Kesejahteraan Psikososial Dalam Kakitangan Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah

Ishak, Noor Azniza and Kamsani, Siti Rozaina and Omar, Zainudin and Talib, Mohd Khairuddin (2022) Tinjauan Kesejahteraan Psikososial Dalam Kakitangan Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah. Project Report. UUM. (Submitted)

[thumbnail of 777610.pdf] PDF - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti Mengenal pasti tahap etika kerja dari sudut kepuasan kerja, komitmen kerja, personaliti, kesihatan mental dan beban tugas dalam kalangan kakitangan Bahagian Keselamatan dan Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah. Metodologi kajian menggunakan kaedah tinjauan yang menggunakan borang soal selidik di mana sampel yang diambil sebanyak 160 orang responden yang terdiri daripada kakitangan di bahagian tersebut. Berdasarkan kepada hasil dapatan kajian terhadap personaliti secara keseluruhan menunjukkan berada di tahap yang tinggi. Berbeza pula dapatan kajian bagi kepuasan kerja, komitmen organisasi, kesihatan mental dan beban tugas menunjukkan tahap yang sederhana. Secara keseluruhannya, penemuan-penemuan di dalam kajian ini secara tidak langsung dapat membantu dari segi memberi maklumat dan informasi kepada pihak terbabit bagi memperbaiki polisi yang sedia ada berdasarkan kepada cadangan yang dikemukakan perlu dipertingkatkan lagi dengan menyediakan peluang dan ruang seperti penghargaan, persekitaran kerja yang kondusif, dan peluang peningkatan kendiri kepada kakitangannya dalam usaha untuk meningkatkan tahap kepuasan kerja dan komitmen terhadap tugasan masing-masing serta meningkatkan pengurusan kesihatan mental dan pembahagian tugas dalam memastikan semua kakitangan berada dalam keadaan baik semasa menjalankan tugas dan menumpukan perhatian kepada skop tugasan yang telah ditetatapkan.

Item Type: Monograph (Project Report)
Additional Information: S/O 777610
Uncontrolled Keywords: Etika Kerja, Kepuasan Kerja, Komitmen Organisasi, Personaliti, Kesihatan Mental, Beban Tugas
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology
Divisions: Research and Innovation Management Centre (RIMC)
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 03 Jul 2023 08:52
Last Modified: 03 Jul 2023 08:52
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29592

Actions (login required)

View Item View Item