Ishak, Noor Azniza and Kamsani, Siti Rozaina and Omar, Zainudin and Mohd Talib, Mohd Khairuddin and Abdul Rahman, Azhari (2022) Tinjauan Kesedaran Pengusaha/Pengendali Makanan Terhadap Pemantauan Serta Penguatkuasaan Keselamatan Dan Kualiti Makanan Di Negeri Kedah. Project Report. UUM. (Submitted)
|
PDF
- Submitted Version
Restricted to Registered users only Download (2MB) |
Abstract
Kajian ini telah dijalankan untuk mengenal pasti profil pengusaha dan pengendali makanan. Di samping itu juga kajian ini turut memfokuskan kepada aspek kesedaran, keberkesanan dan impak daripada penguatkuasaan serta pemantauan daripada pihak Jabatan Kesihatan terutamanya Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sebelum ini. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif (soal selidik) dan kualitatif (temubual) yang melibatkan sampel dalam kalangan pengusaha dan pengendali makanan di seluruh daerah negeri Kedah. Dapatan kajian menunjukkan responden sedar bahawa pihak BKKM sentiasa melakukan pemantauan dan penguatkuasaan secara menyeluruh di premis mereka. Responden juga menyatakan pemantauan yang dilakukan oleh BKKM berkesan serta responden bersetuju bahawa dengan kekerapan pemantauan yang dilakukan dapat memberi impak yang positif kepada mereka untuk memperbaiki keperluan yang diperlukan dalam premis mereka pada masa akan datang. Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa keseluruhan responden berpuas hati dengan penguatkuasaan dan pemantauan yang dilakukan oleh BKKM. Walaupun menunjukkan kepuasan beberapa elemen seperti yang dicadangkan dalam tindakan polisi perlu dititikberatkan supaya pengusaha dan pengendali makanan sentiasa dapat membudayakan amalan kebersihan dan keselamatan makan di premis mereka sepanjang masa.
| Item Type: | Monograph (Project Report) |
|---|---|
| Additional Information: | S/O 777611 |
| Uncontrolled Keywords: | Penguatkuasaan dan Pemantauan, Kesedaran, Keberkesanan, Impak, Pengusaha, Pengendali Makanan |
| Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management |
| Divisions: | Research and Innovation Management Centre (RIMC) |
| Depositing User: | Mrs Nurin Jazlina Hamid |
| Date Deposited: | 03 Jul 2023 08:53 |
| Last Modified: | 03 Jul 2023 08:53 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29593 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
