mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Belia dan Pembangunan Negara: Isu dan Cabaran Institusi Pendidikan dan Latihan Kemahiran

Abd Manaf, Abdul Razak and Othman, Siti Zubaidah and Wan Mohd Noor, Wan Shakizah and Mohd Isa, Mohd Faizal and Yahya, Khulida Kirana (2016) Belia dan Pembangunan Negara: Isu dan Cabaran Institusi Pendidikan dan Latihan Kemahiran. Journal on Leadership & Policy (JLP), 1. pp. 21-38. ISSN 0127-0869

[thumbnail of JLP 01 00 2016 21-38.pdf] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (248kB) | Request a copy

Abstract

Pembangunan belia yang positif adalah kritikal dan amat penting kepada kesejahteraan masyarakat dan masa depan negara. Belia yang meliputi hampir separuh daripada jumlah keseluruhan penduduk di negara ini adalah aset bernilai yang perlu dicungkil dan digilap potensinya bagi memenuhi aspirasi negara. Kertas kerja konseptual ini secara umumnya membincangkan isu-isu belia yang sering menjadi perhatian dan perbincangan pelbagai pihak. Isu-isu semasa berkenaan belia ini sering kali dikaitkan dengan fenomena tidak sihat yang membimbangkan masyarakat serta memberi kesan secara langsung kepada kehidupan golongan belia yang merupakan pemimpin masa depan negara. Kertas kerja konseptual ini juga mengajak pembaca untuk meneliti sebahagian daripada cabaran – cabaran penting yang dihadapi oleh belia dan juga inisiatif dan usaha pelbagai pihak dalam memberikan pendidikan dan latihan kemahiran kepada belia. Dalam konteks ini, terdapat beberapa isu dan cabaran yang perlu ditangani oleh pemegang taruh terutamanya institusi penyedia pendidikan dan latihan kemahiran dalam memperkasa pembangunan belia yang positif terutama dari aspek kebolehpasaran pekerjaan dalam kalangan belia. Kata kunci: belia; pendidikan; latihan; kemahiran; Malaysia.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: belia; pendidikan; latihan; kemahiran; Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology
Divisions: Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 16 Oct 2023 13:39
Last Modified: 16 Oct 2023 13:39
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29839

Actions (login required)

View Item View Item