Jaes, Luthfan and Abdul Rahim, Mohd Hisyam (2016) Nilai dan Strategi Unggul Pemimpin dalam Menangani Masalah Ekonomi: Analisis daripada Kisah Nabi Yusuf. Journal on Leadership & Policy (JLP), 1. pp. 67-85. ISSN 0127-0869
|
PDF
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (286kB) | Request a copy |
Abstract
Masalah ekonomi amnya timbul daripada factor sumber alam yang terhad dan kehendak manusia yang tidak terbatas. Bagi menangani masalah tersebut, nilai dan strategik terbaik seorang pemimpin dalam pengurusannya perlu diamalkan. Ini supaya sistem ekonomi di bawah pimpinannya dapat berjalan dengan telus, cekap, profesional dan mencapai matlamat. Kertas kerja ini berusaha untuk melihat amalan unggul pengurusan ekonomi Nabu Yusuf a.s, sewaktu menangani krisis kemarau pada zaman baginda. Penelitian dilakukan secara induktif dengan memberikan perhatian kepada seluruh surah Yusuf (12:1-111). Manakala pemerhatian deskriptif terpilih kemudiannya dilakukan pada ayat-ayat surah tertentu bagi tujuan penulisan ini. Ia turut mengambil kira pandangan ahli akademik, politik, dan ekonomi lainnya. Hasil penelitian mendapati bahwa nilai-nilai unggul seperti ketaqwaan (at-taqwa), kebertanggungjawaban (mas’iliyyah) dan keadilan (‘adalah) diperlukan bagi seorang pemimpin dalam mengurus ekonomi. Manakalah kaedah penyimpanan yang baik, pembinaan bidang-bidang utama ekonomi dan mekanisme pengawalan yang objektif adalah antara strategi terbaik yang harus diamalkan. Secara asasnya Al-Qur’an adalah panduan sepanjang zaman. Diharapkan penulisan ini mampu memberi refleksi serta idea bagi melihat semula amalan unggul (menyeluruh) yang harus ada bagi seorang pemimpin dalam mengurus kejayaan ekonomi dan pembangunan.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Pengurusan Krisis Ekonomi, Pemimpin dan Kepemimpinan, Nilai Unggu, Yusuf |
| Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology |
| Divisions: | Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad |
| Depositing User: | Mrs Nurin Jazlina Hamid |
| Date Deposited: | 16 Oct 2023 13:42 |
| Last Modified: | 16 Oct 2023 13:42 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29842 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
