mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Nilai Nyawa Statistik dan Pengurusan Bencana

Abu Bakar, Abu Sufian (2017) Nilai Nyawa Statistik dan Pengurusan Bencana. Journal on Leadership & Policy (JLP), 2 (1). pp. 98-108. ISSN 0127-0869

[thumbnail of JLP 02 01 2017 98-108.pdf] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (268kB) | Request a copy

Abstract

Isu keselamatan nyawa sering kali mendapat liputan utama masyarakat. Musibah banjir besar yang berlaku baru-baru ini telah menyedarkan orang ramai peri pentingnya langkah-langkah pencegahan diambil segera walaupun ia mengakibatkan peruntukan dana awam yang besar. Namun begitu pembuat dasar seringkali gagal untuk memperuntukan dana yang sewajarnya bagi mencegah berlakunya kehilangan nyawa akibat sesuatu bencana kerana tidak dapat mengukur nilai nyawa yang dapat diselamatkan jika langkah-langkah pencegahan dilakukan dengan memperuntukan sejumlah dana yang mencukupi. Kajian yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk mengukur nilai nyawa statistik (VSL) pengguna di Malaysia dengan menggunakan teknik keutamaan dinyata (stated preference-SP). Nilai VSL yang dianggar dengan menggunakan teknik SP adalah antara RM723,024 hingga RM1,035,693. Kajian ini turut mendapati beberapa faktor demografi yang dianggar menyokong dapatan kajian lepas. Faktor pendidikan berhubung secara positif dengan nilai VSL, tetapi faktor umur tidak seperti yang dijangka, di mana umur berhubung secara negatif terhadap nilai VSL. Bagi faktor jantina, wanita mempunyai nilai VSL yang lebih tinggi berbanding lelaki. Nilai VSL ini boleh dijadikan sebagai asas kepada pembuat dasar apabila ingin menganggar kos dan faedah dari projek awam yang melibatkan nyawa.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Nilai Nyawa Statistik, Analisis Kos Faedah, Teknik Keutamaan Dinyata (SP), Nilai Ekonomi
Subjects: H Social Sciences > HG Finance
Divisions: Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 29 Oct 2023 15:21
Last Modified: 29 Oct 2023 15:21
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29848

Actions (login required)

View Item View Item