Damin, Zahrul Akmal and Ani, Fauziah and Jaes, Lutfan and Suhaimy, Khairul Azman and Abd Rahim, Mohd Hisyam (2018) Mengurus Pembangunan Gaya Seoharto: Satu Teladan Nilai dan Kepimpinan. Journal on Leadership & Policy (JLP), 3 (1). pp. 121-142. ISSN 0127-0869
|
PDF
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (1MB) | Request a copy |
Abstract
Penulisan ini memerihalkan tentang Soeharto sebagai seorang pemimpin yang berjaya mengurus pembangunan negaranya. Ia cuba dilihat dalam konteks penggunaan akal budi tempatan yang merupakan nilai teras mendominasi kepimpinannya dan seterusnya membentuk strong leadership dalam mengurus masyarakat dalam sebuah Negara Pembangun. Satu (1) penggal pemerintahan beliau dijadikan kajian untuk mengenal pasti, menyenaraikan dan menjelaskan sumber akal budi tempatan tersebut. Metod penganalisisan ialah analisis kandungan dengan menghuraikan rangkaian teks “Pidato Akhir Tahun”, “Pidato Kenegaraan” dan “Ucapan Partai”. Terlebih dahulu, satu set Dimensi Nilai telah ditetapkan dan dihujahkan berdasarkan hujahan-hujahan Nilai Asia (Asian Value). Analisis akan melihat keutamaan dan kecenderungan setiap dimensi di setiap rangkaian teks yang disampaikan. Pengekodan data dilakukan dengan bantuan perisian Archive for Technology, the Life World and Everyday Language. Text Interpretation (ATLAS).ti versi 7. Didapati bahawa Soeharto menjadikan siri rangkaian “Pidato Kenegaraan” sebagai siri utama dalam menyampai mesej nilai pembangunan. Manakala Dimensi Nilai “Orientasikan Kuasa” merupakan dimensi nilai yang paling utama dalam penyampaian mesejnya. Akhir sekali, satu usaha penjelasan (triangulasi) dilakukan bagi mengesahkan dapatan terhadap kecenderungan dimensi nilai Soeharto. Ia sekali gus menerangkan gaya kepimpinan dan bentuk pembangunan yang ingin dicapai oleh Soeharto dalam pembangunan negara.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Soeharto, Akal Budi Tempatan, Dimensi Nilai, Negara Pembangun |
| Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology |
| Divisions: | Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad |
| Depositing User: | Mrs Nurin Jazlina Hamid |
| Date Deposited: | 29 Oct 2023 14:04 |
| Last Modified: | 29 Oct 2023 14:04 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29859 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
