mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Beberapa Isu Pemeribumian Linguistik Bahasa Melayu

Mohamad Zain, Shaharir (2022) Beberapa Isu Pemeribumian Linguistik Bahasa Melayu. RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya, 1 (1). pp. 1-49. ISSN 2976-3126

[thumbnail of RENTAS JBSB 01 01 2022 1-49.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kritikan kepada beberapa isu linguistik dalam bahasa Melayu dilakukan khasnya dalam sistem ejaan hingga membawa kepada perasionalan keperluan wujudnya 32 konsonan dan 8 vokal atau huruf saksi, sekali gus mencabar hasil kajian Blust (1998-2018) bahawa bahasa Malayonesia berkonsonan 16 hingga 22 dan berhuruf saksi 4 atau 5. Kritikan seterusnya dilakukan terhadap pengabaian beberapa imbuhan dan dan ratusan perkataan Melayu Lama (dalam prasasti zaman Funan, Sriwijaya, Campa dan Mon) yang lebih asli hingga terhakisnya keperibadian bahasa Melayu. Pengabaian pembuat kamus di DBP terhadap ratusan perkataan dalam manuskrip Jawi dan peribahasa juga ditonjolkan sehingga hilangnya atau terfosilnya perkataan-perkataan yang cukup memberi peningkatan tahap kekayaan bahasa Melayu. Pengabaian mantik asli Melayu menerusi bahasa Melayu yang lebih asli khasnya ayat-ayat yang berbentuk mantik apasti juga ditonjolkan yang dianggap merugi dan menghakis keperibumian bahasa Melayu. Kritikan terhadap nahu semesta Chomsky dan nahu Malayonesia Blust juga dilakukan dalam konteks bahasa Melayu yang membuahkan usaha penyelidikan selanjutnya. Akhirnya disorot falsafah bahasa Melayu dalam konteks falsafah-falsafah bahasa Eropah khasnya karya Hamboldt, Frege, Russel, Wittgenstein dan Derrida sehingga boleh mencetus penyelidikan selanjutnya supaya terbitnya falsafah bahasa Melayu yang lebih asli. Dalam hal ini falsafah bahasa Derrida tentang keunggulan bahasa lisan diperkatakan buat kali pertamanya dengan lebih perincinya dalam konteks sastera lisan bahasa Melayu. Begitu juga dengan falsafah Hamboldt yang ditumpukan kepada bidang sains matematik dalam bahasa Melayu sekali gus mengubah pendapat Blust tentang bilangan konsonan dan vokal bahasa Austronesia (yang dijenamakan sebagai bahasa Malayonesia).

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: pemeribumian ilmu, linguistik, bahasa Melayu, Malayonesia, falsafah bahasa
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: School of Language, Civilisation and Philosophy
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 29 Oct 2023 11:58
Last Modified: 29 Oct 2023 11:58
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29868

Actions (login required)

View Item View Item