Nazrin, Mawarni and Shaik Ismail, Sharifah Fazliyaton and Hanyu, Ren and Di, Yang (2023) Aktif, Pintar Dan Berwibawa: Wanita Atipikal Dalam Ejen Ali. RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya, 2 (1). pp. 219-240. ISSN 2976-3126
Preview |
PDF
- Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Download (1MB) | Preview |
Abstract
Makalah ini bertujuan meneliti lakaran perwatakan watak wanita yang yang terdapat dalam siri dan filem animasi bergenre aksi, khususnya siri animasi Ejen Ali: Musim 1, siri animasi Ejen Ali: Musim 2 dan filem Ejen Ali The Movie. Kajian ini juga berhasrat untuk merincikan jumlah watak wanita yang dipaparkan dalam siri dan filem ini berbanding dengan watak lelaki selain memerihalkan citra watak wanita yang terdapat dalam siri dan filem ini. Dapatan menunjukkan 38 watak wanita yang ditampilkan dalam siri animasi Ejen Ali: Musim 1, seramai 58 watak wanita pula dalam siri animasi Ejen Ali: Musim 2 dan 7 watak wanita dalam filem Ejen Ali The Movie. Watak lelaki didapati terus mendominasi dari segi populasi watak sama ada dalam rancangan bersiri ataupun filem. Dapatan juga memperlihatkan bahawa watak wanita dalam siri dan filem ini juga bersifat atipikal, khususnya aktif, bijak, mempunyai sifat pemimpin, berkerjaya dalam bidang sains dan kejuruteraan, cantik dan kurus, agresif, lasak serta bertentangan dengan stereotaip gender yang tradisional.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Siri animasi, filem animasi, genre aksi, watak wanita, sifat atipikal |
| Subjects: | T Technology > T Technology (General) |
| Divisions: | School of Language, Civilisation and Philosophy |
| Depositing User: | Mrs Nurin Jazlina Hamid |
| Date Deposited: | 05 Nov 2023 10:17 |
| Last Modified: | 05 Nov 2023 10:17 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29901 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
Dimensions
Dimensions