mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Penguasaan Semasa E-Kemahiran dalam Kalangan Pelajar UUM: Cabaran Dalam Era IR4.0

Wan Ishak, Wan Hussain and Mat Yamin, Fadhilah (2020) Penguasaan Semasa E-Kemahiran dalam Kalangan Pelajar UUM: Cabaran Dalam Era IR4.0. Journal of Business Management and Accounting (JBMA), 10 (1). pp. 29-45. ISSN 2231-9298 (e2636-9249)

[thumbnail of JBMA 10 01 2020 29-45.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (1MB) | Preview

Abstract

E-kemahiran merupakan salah satu aset penting yang perlu ada pada setiap graduan yang bakal memasuki dunia pekerjaan. Ini seiring dengan cabaran dan keperluan bagi mengguna pakai teknologi terkini dalam pengurusan dan operasi di industri akibat daripada letusan revolusi industri 4.0 (IR4.0). Ini kerana IR4.0 memerlukan tenaga kerja berpengetahuan dan berkemahiran sebagai penggerak utamanya. Kertas kerja ini membincangkan kajian kes penguasaan e-kemahiran yang telah dijalankan ke atas sekumpulan pelajar tahun akhir di Universiti Utara Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan pelajar amat sedar akan kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pembelajaran dan kerjaya mereka. Walau bagaimanapun, ujian praktikal yang dijalankan menunjukkan tahap penguasaan ICT pelajar masih di peringkat sederhana. Justeru, pelajar perlu mengenal pasti kelemahan mereka dan meningkatkan kemahiran sebelum memasuki pasaran kerja.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), E-Kemahiran, Kemahiran ICT, Revolusi Industri 4.0
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Divisions: Institute for Management and Business Research (IMBRe)
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 27 Nov 2023 09:15
Last Modified: 27 Nov 2023 09:15
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29969

Actions (login required)

View Item View Item