mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pilihan Pengguna Terhadap Ikan Akuakultur: Kajian Kes Terhadap Generasi Y Dan Z di Malaysia

Nur Amin, Nur Asikin and Kamaruddin, Roslina and Samah, Rozana (2023) Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pilihan Pengguna Terhadap Ikan Akuakultur: Kajian Kes Terhadap Generasi Y Dan Z di Malaysia. Journal of Economics and Sustainability (JES), 5 (1). pp. 59-72. ISSN 2637-1294

[thumbnail of JES 05 01 2023 59-72.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (855kB) | Preview

Abstract

Pengguna cenderung memilih ikan sebagai sumber protein dalam diet pemakanan mereka. Permintaan ikan dilihat terus meningkat dari setahun ke setahun disebabkan oleh pertambahan populasi penduduk dan perubahan cita rasa pengguna yang gemar memilih sumber makanan yang lebih sihat. Walau bagaimanapun, pengguna lebih menggemari ikan tangkapan laut berbanding ikan ternakan. Jika populasi penduduk melebihi jumlah tangkapan ikan, Malaysia akan berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan ikan makanan. Maka, sektor akuakultur wajar dibangunkan dan dimajukan secara mapan bagi menjamin bekalan ikan makanan negara. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pilihan pengguna Generasi Y dan Z terhadap ikan ternakan dan faktor-faktor yang mempengaruhi pilihan pengguna. Kajian ini melibatkan pengguna yang berumur dalam lingkungan 15-40 tahun yang memakan ikan dan dipilih secara rawak. Data tinjauan dalam talian daripada 609 orang responden dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan model regrasi logit dengan menggunakan perisian SPSS. Dapatan menunjukkan seramai 81.3 peratus pengguna memilih ikan ternakan berbanding 18.7 peratus peratus yang tidak makan ikan ternakan. Faktor yang mempengaruhi pilihan pengguna terhadap ikan ternakan ialah umur, bangsa, pengetahuan, ciri-ciri ikan ternakan, kebolehdapatan, dan pengaruh keluarga. Hasil kajian ini dapat menyumbang kepada pembangunan sektor akuakultur bagi memenuhi permintaan pengguna dan menampung bekalan ikan makanan negara.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Pilihan pengguna, ikan ternakan, akuakultur, model logit
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Divisions: School of Economics, Finance & Banking
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 28 Nov 2023 13:43
Last Modified: 28 Nov 2023 13:43
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30062

Actions (login required)

View Item View Item