mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kesan Covid-19 Terhadap Hasil Kerajaan: Peranan Dan Potensi Pelaksanaan Semula CBP Di Malaysia

Saidi, Suriyani and Harun, Mukaramah (2022) Kesan Covid-19 Terhadap Hasil Kerajaan: Peranan Dan Potensi Pelaksanaan Semula CBP Di Malaysia. Journal of Economics and Sustainability (JES), 4 (2). pp. 13-26. ISSN 2637-1294

[thumbnail of JES 04 02 2022 13-26.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (897kB) | Preview

Abstract

Krisis semasa akibat pandemik COVID-19 merupakan cabaran terbesar yang memerlukan tindak balas segera dan terbaik. Untuk memperluas ruang fiskal, sistem percukaian memainkan peranan sangat penting dalam menangani kekurangan hasil kerajaan. Dalam hal ini, memerangi pengelakan dan penghindaran cukai termasuklah aliran kewangan tidak sah melalui sistem cukai tidak telus seperti sistem percukaian kepenggunaan yang diamalkan di Malaysia sekarang iaitu Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (CJCP) adalah baik. Dalam kertas ini, pengkaji menggunakan model keseimbangan umum (CGE) bagi mengkaji kesan makroekonomi yang lebih luas terhadap pelaksanaan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP). Perbandingan antara CJCP dan CBP boleh dilihat secara ketara dalam instrumen makroekonomi Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa CBP yang dikenakan pada kadar lebih rendah iaitu empat peratus mampu menjana hasil kerajaan yang lebih tinggi. Ia menyumbang kira-kira tiga peratus peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan berjaya meningkatkan tahap pelaburan. Begitu juga jika kadar CBP dikenakan pada kadar enam peratus bagi tempoh 10 tahun akan datang, ia mampu memberikan lebih banyak impak terhadap hasil kerajaan. Oleh itu, idea pelaksanaan semula CBP adalah untuk menaik taraf mekanisme kutipan cukai kerajaan sekali gus mengurangkan defisit negara.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Covid-19, CBP, Hasil Kerajaan, CGE
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Divisions: School of Economics, Finance & Banking
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 28 Nov 2023 13:45
Last Modified: 28 Nov 2023 13:45
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30064

Actions (login required)

View Item View Item