mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kemiskinan Pelbagai Dimensi Berwajaran

Jamil, Norzita and Che Mat, Siti Hadijah (2020) Kemiskinan Pelbagai Dimensi Berwajaran. Journal of Economics and Sustainability (JES), 2 (1). pp. 1-14. ISSN 2637-1294

[thumbnail of JES 02 01 2020 1-14.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (523kB) | Preview

Abstract

Multidimensional Poverty Index (MPI) adalah satu indeks pelbagai dimensi yang mengukur kemiskinan. Berdasarkan MPI, insiden kekurangan yang dialami oleh manusia dan pengalaman manusia yang hidup dalam kemiskinan pada suatu masa dapat dikenal pasti. Hasilnya, satu gambaran yang komprehensif mengenai taraf hidup penduduk yang miskin dengan melihat perbandingan antara negara, wilayah, kumpulan etnik, kawasan bandar dan luar bandar ciri-ciri isi rumah, dan masyarakat dapat dibuat. MPI merupakan indeks yang menggantikan Human Poverty Index (HPI) yang dibangunkan pada tahun 1997 (Human Development Report, 2010). Pada Julai 2010, Oxford Poverty and Human Development Initiative (OPHI) dan United Nations Development Programme (UNDP) telah melancarkan satu ukuran kemiskinan yang baharu iaitu ukuran kemiskinan 'pelbagai dimensi'. Ia dikatakan dapat membantu pembangunan sumber sasaran dengan lebih berkesan (Human Development Report, 2010). Berdasarkan MPI ini, dua output akan terhasil iaitu (1) Headcount Ratio (H), iaitu peratus isi rumah yang miskin yang diperolehi dengan membahagikan jumlah isi rumah yang miskin dengan jumlah semua isi rumah; dan (2) Purata jurang kemiskinan (A), iaitu purata bilangan kekurangan yang dihadapi oleh mereka yang miskin. Purata ini dikira dengan menjumlahkan nisbah kekurangan yang dihadapi oleh setiap orang yang miskin dan dibahagikan dengan jumlah orang yang miskin. Dalam MPI, setiap dimensi boleh diberikan wajaran yang sama atau wajaran yang berbeza bergantung kepada pertimbangan nilai penyelidik. Pengiraan MPI berwajaran ini dapat memberikan keputusan kadar kemiskinanan yang lebih tepat kerana ia mengambil kira bahawa kepentingan satu-satu dimensi ke atas kadar kemiskinan adalah berbeza.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: kemiskinan, kemiskinan pelbagai dimensi, wajaran, head count ratio, purata jurang kemiskinan
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology
Divisions: School of Economics, Finance & Banking
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 30 Nov 2023 07:56
Last Modified: 30 Nov 2023 07:56
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30089

Actions (login required)

View Item View Item