mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Penderaan Ekonomi Mangsa Keganasan Rumah Tangga: Perspektif Pengamal

Abd Manaf, Abdul Razak and Othman, Siti Zubaidah and Mat Saad, Zarina and Mohd Noor, Annuar Aswan and Awang, Faridah (2023) Penderaan Ekonomi Mangsa Keganasan Rumah Tangga: Perspektif Pengamal. Jurnal Pembangunan Sosial (JPS), 26. pp. 71-86. ISSN 1394-6528

[thumbnail of JPS 26 00 2023 71-86.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (725kB) | Preview

Abstract

Keganasan rumah tangga merupakan satu fenomena global dalam masyarakat sejak sekian lama yang begitu kompleks dan perlu ditangani dengan sebaiknya. Artikel ini cuba membincangkan salah satu hasil dapatan daripada keseluruhan kajian yang dilaksanakan bagi meneliti isu penderaan ekonomi dan kesejahteraan kewangan mangsa keganasan rumah tangga. Ia cuba meneroka isu ekonomi yang dihadapi oleh wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga daripada perspektif pengamal yang mengendalikan keskes sebegini. Data kajian kualitatif ini diperoleh semasa temubual dan perbincangan kumpulan berfokus (FGD) dilaksanakan dengan menggunakan analisis tematik. Seramai lima belas orang kakitangan atau pengamal di Jabatan Kebajikan Masyarakat telah diminta untuk berkongsi pengalaman mereka berkenaan isu pengendalian kes mangsa keganasan rumah tangga serta konflik kewangan dan kesejahteraan ekonomi wanita yang menjadi mangsa penderaan. Hasil kajian mendapati bahawa isu-isu penderaan ekonomi dan kewangan tertumpu kepada isu pekerjaan dan sumber pendapatan serta kebergantungan si pelaku dan mangsa, isu gaya hidup negatif pelaku dan kawalan pelaku kepada sumber kewangan yang dijana oleh mangsa.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: keganasan rumah tangga, penderaan ekonomi, kewangan, mangsa, pengamal
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions: School of Applied Psychology, Social Work & Policy
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 30 Nov 2023 09:50
Last Modified: 30 Nov 2023 09:50
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30107

Actions (login required)

View Item View Item