mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Cabaran Dan Permasalahan Menguruskan Perniagaan Ketika Covid 19: Kes Pengusaha Madu Kelulut di Sik Kedah

Abdullah, Syahrina and Mat Hassan, Ahmad and Rofie, Mohamad Khadafi (2023) Cabaran Dan Permasalahan Menguruskan Perniagaan Ketika Covid 19: Kes Pengusaha Madu Kelulut di Sik Kedah. Jurnal Pembangunan Sosial (JPS), 26. pp. 87-111. ISSN 1394-6528

[thumbnail of JPS 26 00 2023 87-111.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (1MB) | Preview

Abstract

Usahawan sering berhadapan dengan cabaran dan rintangan dalam menguruskan perniagaan. Maka, usahawan harus merancang, mengurus, mengelola dan melaksanakan strategi perniagaan dengan efisyen, cekap dan berkesan. Ketika pandemik Covid-19 melanda dunia, Malaysia juga turut terkesan dengan wabak ini sehingga berlakunya krisis ekonomi yang mencabar. Bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pula, keadaan pandemik ini sudah pasti memberi cabaran utama terhadap aliran pendapatan perniagaan kerana operasi perniagaan terpaksa dihentikan sepanjang tempoh Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam membendung wabak ini. Kertas kerja ini membincangkan cabaran dan permasalahan yang dihadapi oleh usahawan ketika tempoh PKP yang dilaksanakan oleh kerajaan. Kaedah pengumpulan data secara kualitatif telah dilakukan melalui temubual secara atas talian dan bersemuka terhadap sepuluh (10) usahawan kecil yang menjalankan perniagaan madu kelulut di Daerah Sik, Kedah. Seterusnya, penyelidik juga telah memperolehi maklumat berkaitan usahawan tentang cabaran yang dihadapi melalui temubual bersemuka. Hasil dapatan mendapati usahawan kecil menyatakan tempoh pandemik Covid-19 memberi impak negatif terhadap jualan dan aliran pendapatan usahawan PKS. Terdapat lima permasalahan dan cabaran utama yang dihadapi usahawan kecil ketika pandemik Covid-19. Cabaran dan permasalahan tersebut dikategorikan kepada lima klasifikasi utama iaitu masalah pemasaran, masalah pengurusan, masalah pengeluaran, masalah produk dan masalah kewangan. Justeru, usahawan PKS haruslah bijak menangani dan menguruskan perniagaan ketika wabak pandemik daripada segala aspek perniagaan demi kelestarian perniagaan usahawan kecil di Malaysia.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Usahawan Kecil dan Sederhana, Cabaran, Permasalahan, Pandemik Covid 19
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology
Divisions: School of Applied Psychology, Social Work & Policy
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 30 Nov 2023 09:53
Last Modified: 30 Nov 2023 09:53
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30108

Actions (login required)

View Item View Item