Packeer Mohamed, Syed Sultan Bee and Abu Yazid, Afifah and Abdullah, Syahrul Faizaz and Abdul Rahman, Mohd Nizho (2021) Menyingkap Rahsia Perumpamaan Dalam Al-Quran: Satu Pendekatan Untuk Memahami Isi Kandungan Al-Quran (S/O 13292). Technical Report. UUM. (Submitted)
|
PDF
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (2MB) |
Abstract
Al-Quran diturunkan oleh Allah s.w.t. untuk menjadi panduan kepada umat Islam dalam menjalani kehidupan mereka di dunia ini. Justeru, ayat-ayat al-Quran haruslah dibaca, diteliti dan difahami supaya ianya dapat diamalkan. Namun, masyarakat pada masa kini lebih mementingkan pembacaan al-Quran berbanding memahami isi kandungannya. Walaupun begitu, melalui satu temubual yang dijalankan, mereka didapati masih berminat untuk memahami maksud al-Quran melalui kaedah perumpamaan. Hal ini kerana perumpamaan mengaitkan sesuatu yang tidak jelas dengan sesuatu yang jelas. Dengan itu, mesej yang hendak disampaikan oleh Allah s.w.t. melalui perumpamaan itu mudah difahami. Justeru, satu kajian dijalankan untuk mengkaji makna tersurat dan tersirat serta pengajaran di sebalik perumpamaan musarrahah (jelas) yang terdapat di dalam al-Quran. Seterusnya, mengkategorikan perumpamaan tersebut kepada tema akidah, syariah dan akhlak serta membentuk satu kerangka kerja yang menerangkan tentang langkah-langkah yang boleh diikuti untuk memudahkan pemahaman maksud perumpamaan tersebut. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan kajian kepustakaan dan temubual separa berstruktur untuk pengumpulan data. Manakala kaedah analisis kandungan digunakan untuk menganalisis data yang terkumpul. Hasil kajian mendapati sebanyak 43 ayat di dalam al-Quran mengandungi perumpamaan musarrahah. Daripada 43 ayat tersebut, sebanyak 27 ayat berada di bawah tema akidah, 14 ayat di bawah tema akhlak dan 2 ayat di bawah tema syariah (hukum amali). Setiap perumpamaan tersebut mengandungi analogi menarik yang melibatkan manusia, haiwan dan tumbuhan. Kesemua perumpamaan tersebut mudah difahami dan boleh diambil pengajaran daripadanya. Kajian ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan memahami dan menghayati isi kandungan al-Quran serta membudayakan ajarannya dalam kehidupan sebenar.
| Item Type: | Monograph (Technical Report) |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Perumpamaan Al-Quran, Pendekatan memahami Isi Kandungan Al-Quran |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc |
| Divisions: | School of Language, Civilisation and Philosophy |
| Depositing User: | Mrs Nurin Jazlina Hamid |
| Date Deposited: | 17 Dec 2023 11:02 |
| Last Modified: | 17 Dec 2023 11:02 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30148 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
