mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pembinaan Model Pencegahan Dan Rawatan Penagihan Dadah Berasaskan Komuniti : Kajian Dalam Kalangan Orang Kena Pengawasan (OKP) Di Daerah Kubang Pasu, Kedah (S/O 13866)

Mohd Ariffin, Nurhazlina and Marzuki, Najib Ahmad (2021) Pembinaan Model Pencegahan Dan Rawatan Penagihan Dadah Berasaskan Komuniti : Kajian Dalam Kalangan Orang Kena Pengawasan (OKP) Di Daerah Kubang Pasu, Kedah (S/O 13866). Technical Report. UUM. (Submitted)

[thumbnail of 13866.pdf] PDF - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (216kB)

Abstract

Tren peningkatan statistik yang masih berlaku dalam isu penagihan dan pengulangan dadah mengundang kegusaran pelbagai pihak. Keadaan ini menyukarkan lagi matlamat negara khususnya pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk memerangi najis dadah hingga ke angka sifar. Sebaliknya pertambahan kes tangkapan dari semasa ke semasa meninggalkan impak yang besar kepada pusat-pusat pemulihan narkotik sedia ada. Keadaan ini telah menyebabkan pihak AADK melaksanakan perintah Orang Kena Pengawasan (OKP) bagi mengurangkan kepadatan di institusi-institusi pemulihan sedia ada. OKP dipantau oleh AADK di peringkat komuniti kerana pemulihan di komuniti berbeza dengan di dalam institusi pemulihan sedia ada. Langkah ini bukan sahaja bertujuan untuk mengurangkan kapasiti di institusi pemulihan malah berdasarkan ucapan Ketua Pengarah AADK yang melihat pendidikan dan pencegahan dadah perlu diperluaskan kepada setiap komuniti. Sebagai contoh, pendekatan agama dengan kerjasama komuniti dan pertubuhan bukan kerajaan dalam memulihkan penagih dadah. Komuniti yang kukuh dan diperkasakan dengan fasiliti serta institusi yang aktif menjadi taruhan kerajaan untuk membanteras isu penyalahgunaan dadah ini. Justeru, kajian ini dijalankan bagi merangka model pencegahan dan rawatan berasaskan komuniti menerusi hubungan OKP dengan komuniti setempat yang merangkumi kejiranan, organisasi setempat, institusi agama dalam komuniti, dan juga kemudahan-kemudahan asas dalam komuniti. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan data kajian dikumpul menggunakan soal selidik yang telah dibangunkan oleh C. Hart dan Waller (2013) ke atas 100 orang OKP menggunakan persampelan rawak mudah di AADK Kubang Pasu, Jitra Kedah. Hasil akhir kajian ini adalah untuk merangka pembentukkan Model Pencegahan dan Rawatan Penagihan Dadah Berasaskan Komuniti dalam kalangan Orang Kena Pengawasan (OKP). Model ini dilihat penting sebagai garis panduan kepada pihak AADK daerah dan profesyen menolong yang lain seperti pekerja sosial dalam merangka program atau pelan inetrvensi yang lebih effektif menggunakan pendekatan sokongan komuniti dalam membantu menigkatkan kefungsian sosial OKP.

Item Type: Monograph (Technical Report)
Additional Information: College Grant
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology
Divisions: Research and Innovation Management Centre (RIMC)
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 27 Dec 2023 10:32
Last Modified: 27 Dec 2023 10:32
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30207

Actions (login required)

View Item View Item