Sualman, Ismail (2023) Kesan Dan Potensi Industri Kreatif Pasca Covid-19: Perbincangan Kumpulan Fokus (The Impact and Potential of The Post-Covid-19 Creative Industry: Focus Group Discussions). Journal of Creative Industry & Sustainable Culture (JCISC), 2. pp. 112-130. ISSN 2976-2480
Preview |
PDF
- Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Download (345kB) | Preview |
Abstract
Industri kreatif adalah salah satu sektor ekonomi yang paling menjanjikan potensi tinggi untuk menyumbang kepada sektor ekonomi negara. Namun Covid-19 yang melanda seluruh dunia telah merencatkan eko-sistem dan pembangunan industri kreatif termasuk Malaysia. Sebahagian industri ditutup dan terjejas kerana perkenalan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan Covid-19 terhadap industri kreatif di Malaysia. Kajian kualitatif melalui perbincangan kumpulan fokus di Lembah Klang melibatkan 12 peserta juga merupakan pemain industri kreatif dilakukan pada bulan Februari 2023. Hasil kajian mendapati pandemik Covid-19 telah memberi kesan besar kepada kepada industri kreatif kerana ramai hilang pekerjaan dan pendapatan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keterukan impak Covid-19 terhadap industri kreatif di Malaysia berbeza mengikut sifat dan saiz perniagaan. Antara kesan ialah gangguan dalam operasi perniagaan, pengurangan penawaran dan permintaan produk, pengeluaran yang rendah, ketidakstabilan kewangan, dan peralihan kepada saluran pengedaran digital. Secara keseluruhan kajian ini mendapati industri kreatif tetap mempunyai masa depan yang cerah untuk dipulihkan. Walaupun industri kreatif dilanda kemurungan dan kemelestan akibat Covid-19, namun beberapa inovasi melalui media digital, banyak PKS dan peniagaan berkaitannya masih mampu diteruska. Bantuan dan pakej ransangan kerajaan memainkan peranan penting dalam memudahkan industri kreatif untuk mengekalkan perniagaan mereka dalam industri.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Industri Kreatif, COVID-19, Cabaran, Potensi |
| Subjects: | N Fine Arts > NX Arts in general |
| Divisions: | School of Creative Industry Management and Performing Arts |
| Depositing User: | Mrs Nurin Jazlina Hamid |
| Date Deposited: | 16 Jan 2024 08:37 |
| Last Modified: | 16 Jan 2024 08:37 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30253 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
Dimensions
Dimensions