mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kesedaran Masyarakat Bandaraya Alor Setar Terhadap Amalan Penjagaan Kebersihan Persekitaran Berkaitan Wabak Denggi (S/O 21058)

Syed Hussain, Tuan Pah Rokiah and Ismail, Hamidi (2023) Kesedaran Masyarakat Bandaraya Alor Setar Terhadap Amalan Penjagaan Kebersihan Persekitaran Berkaitan Wabak Denggi (S/O 21058). Project Report. UUM. (Unpublished)

[thumbnail of 21058.pdf] PDF - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Amalan penjagaan kebersihan dalam persekitaran merupakan perkara penting dalam kehidupan manusia kerana sekiranya tidak diamalkan dengan baik boleh mewujudkan pelbagai masalah terutamanya berkaitan dengan kesihatan. Ini termasuklah, isu penularan wabak penyakit yang seringkali terjadi disebabkan oleh kebersihan persekitaran yang tidak bersih. Tujuan kajian ini dijalankan bagi meneliti kewujudan persekitaran yang kurang bersih iaitu melibatkan kawasan kediaman yang menjadi tempat penularan wabak denggi melalui amalan dan tahap kesedaran mereka menjaga persekitaran. Beberapa kawasan kediaman dalam Majlis Bandaraya Alor Setar di pilih sebagai sampel kajian iaitu melibatkan kawasan kediaman Flat Tongkang Yard, Taman Berjaya, Taman Sultan Badlishah, Taman Indah dan Kampung Tok Pasai. Seramai 302 sampel atau responden telah diambil bagi meneliti amalan dan kesedaran mereka terhadap amalan penjagaan kebersihan persekitaran bagi mengelak penularan wabak denggi.Teknik analisis yang digunakan adalah secara deskriprif dan teknik korelasi bagi meneliti tahap hubungan antara pembolehubah dalam kajian. Hasil kajian mendapati tahap amalan terhadap penjagaan adalah tinggi iaitu iaitu 83.9 peratus manakala bagi hasil hubungan aspek kesedaran (pengetahuan 60%, penerima 62% dan tindakan 66%) dengan amalan penjagaan menunjukkan signifikan pada aras p<0.01. Justeru, langkah kawalan dan pencegahan perlu dilaksanakan secara konsisten seperti menggiatkan kempen kesedaran terhadap masyarakat mengenai bahaya wabak denggi dan kepentingan penjagaan persekitaran.

Item Type: Monograph (Project Report)
Additional Information: Geran Universiti SOG
Uncontrolled Keywords: Amalan, Majlis Bandaraya Alor Setar, demam denggi, kesedaran
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology
Divisions: School of Government
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 13 Mar 2024 09:04
Last Modified: 13 Mar 2024 09:04
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30544

Actions (login required)

View Item View Item