mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Penilaian Faktor Penularan Covid-19 Terhadap Jemaah Masjid Daerah Kubang Pasu (S/O 21172)

Ismail, Nor Hanani and Abd Wahab, Rukhaiyah and Omar, Salmah and Harun, Minah and Ahmad, Shukri (2023) Penilaian Faktor Penularan Covid-19 Terhadap Jemaah Masjid Daerah Kubang Pasu (S/O 21172). Technical Report. UUM. (Unpublished)

[thumbnail of 21172.pdf] PDF - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kluster keagamaan merupakan salah satu kluster yang wujud ketika pendemik Corona Virus di negara ini. Kluster keagamaan terdiri dari mereka yang menerima jangkitan Covid-19 di masjid. Covid 19 telah menjangkiti jemaah masjid di daerah Kubang Pasu hingga tercetusnya kluster Dah Mahsuri yang membawa kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Seramai 15 jemaah yang meninggal dunia dalam tempoh tersebut. Apabila tercetusnya, kluster ini, aktiviti utama iaitu solat telah tidak dibenarkan sama sekali. Sedangkan faktor utama yang boleh terjadinya penularan Covid-19 di masjid masih tidak jelas. Dalam masa yang sama, banyak lagi aktiviti yang telah diadakan selain solat, seperti tadarus dan kuliah agama Dari itu, kajian ini mempunyai dua persoalan. Apakah faktor utama yang menyebabkan berlaku penularan covid-19 terhadap jemaah masjid daerah Kubang Pasu? Kedua, bagaimanakah peranan masjid dalam konteks pelaksanaan solat dalam tempoh pendemik? Objektif kajian, pertama mengenal pasti faktor yang menyebabkan penularan covid-19 terhadap jemaah masjid daerah Kubang Pasu. Kedua, menilai peranan masjid dalam konteks pelaksanaan solat walaupun ketika pendemik. Kaedah pengumpulan data yang dilaksanakan meliputi kajian dokumen dan temu bual bagi mencapai kedua-dua objektif kajian. Data-data berbentuk dokumentasi diteliti untuk mengenal pasti garis panduan bagi aktiviti yang dibenarkan di masjid. Berdasarkan dapatan daripada dokumentasi tersebut, set soalan temu bual dibuat. Instrumen soalan dibina bagi mencapai objektif pertama dan kedua kajian. Ini. Seramai 8 orang responden telah ditemubual. Kajian ini menemukan bahawa faktor utama penularan covid dalam kalangan jemaah masjid Al-Muttaqin ialah bermula dari jemaah surau An-Nur Taman Mahsuri yang tidak menjaga SOP, dan jemaah yang sama juga hadir ke masjid melakukan aktiviti tadarus yang mengambil masa yang lama berada di masjid. Bagi objektif kedua, peranan masjid ketika berlakunya pendemik perlu lestari dan diteruskan ibadah solat sahaja dengan kepatuhan SOP yang ketat. Aktiviti solat di masjid memberi impak yang besar kepada umat Islam dan perlu diteruskan walaupun ketika pendemik.

Item Type: Monograph (Technical Report)
Additional Information: GERAN UNIVERSITI
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology
Divisions: School of Language, Civilisation and Philosophy
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 13 Mar 2024 09:15
Last Modified: 13 Mar 2024 09:15
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30548

Actions (login required)

View Item View Item