Mohd Mokhtar, Sany Sanuri and Shaari, Hasnizam and Ahmad Arshad, Darwina and Ahmad, Norzieiriani and Saad, Shahrin and Ahmad, Azanin (2023) Pelan Strategik Sekolah Keusahawanan Zakat Kedah (2023 – 2027) (S/O 21141). Project Report. UUM. (Unpublished)
|
PDF
- Submitted Version
Restricted to Registered users only Download (1MB) |
Abstract
Pelan strategik ini merupakan suatu rangka kerja yang tersusun, sistematik dan membantu agensi mencapai halatuju berdasarkan matlamat yang ditetapkan. Bagi memenuhi hasrat tersebut agensi perlu membangunkan pelan strategik yang komprehensif. Oleh itu, projek perundingan ini bertujuan untuk membina sebuah Pelan Strategik Sekolah Keusahawanan Zakat Kedah. Usia penubuhan Sekolah Keusahawanan Zakat Kedah masih di peringkat awal, maka pelan strategik diperlukan untuk memacu halatuju kearah yang lebih berdaya saing. Pelan strategik ini menggariskan langkah khusus yang akan diambil oleh Sekolah Keusahawanan Zakat Kedah untuk mencapai visi dan misi yang ditetapkan. Terdapat sebelas peringat yang dilaksanakan untuk menjayakan pelan strategik. Beberapa siri lawatan, perbincangan, bengkel dan taklimat diadakan untuk mengumpul data daripada pelbagai pihak (guru, pengetua, lembaga pengurusan sekolah, murid, waris). Dapatan kajian diperhalusi melalui perbincangan bersama untuk memastikan impak bersepadu dirasai oleh Sekolah Keusahawanan Zakat Kedah. Empat teras dan sepuluh strategi berjaya dibentuk bersama pembaharuan misi dan visi sejajar dengan kehendak semasa pemegang taruh Sekolah Keusahawanan Zakat Kedah.
| Item Type: | Monograph (Project Report) |
|---|---|
| Additional Information: | AGENSI LUAR (DLM NEGARA) - AWAM |
| Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management |
| Divisions: | UNSPECIFIED |
| Depositing User: | Mrs Nurin Jazlina Hamid |
| Date Deposited: | 13 Mar 2024 09:17 |
| Last Modified: | 13 Mar 2024 09:17 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30549 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
