mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Tahap Kemahiran Diri Isirumah Nelayan Pesisir Pantai Dalam Usaha Menangani Kemiskinan Keluarga di Kuala Perlis (S/O 21061)

Syed Ibrahim, Sharifah Sofiah ‘Atiqah and Ismail, Hamidi and Syed Hussain, Tuan Pah Rokiah (2023) Tahap Kemahiran Diri Isirumah Nelayan Pesisir Pantai Dalam Usaha Menangani Kemiskinan Keluarga di Kuala Perlis (S/O 21061). Project Report. UUM. (Unpublished)

[thumbnail of 21061.pdf] PDF - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (989kB)

Abstract

Tahap nilai kemahiran diri yang dimiliki oleh keluarga nelayan tradisional di Kuala Perlis terhadap usaha menangani kemiskinan adalah masih kurang jelas dan ia masih memerlukan kajian secara ilmiah. Objektif kajian adalah untuk: pertama, mengenal pasti status semasa nilai kemahiran diri keluarga nelayan tradisional di Kuala Perlis; kedua, menganalisis perbezaan usaha nelayan tradisional di Kuala Perlis dalam menangani kemiskinan keluarga berdasarkan aspek latar belakang responden. Kaji selidik adalah melibatkan seramai 333 responden di sekitar perkampungan nelayan Kuala Perlis dengan menggunakan teknik persampelan persampelan rawak secara peratusan (proportionate percentage random sampling). Teknik analisis yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis min dan ANOVA sehala. Dapatan kajian adalah nilai kemahiran diri keluarga nelayan tradisional di Kuala Perlis adalah berstatus sederhana baik dengan nilai min=1.20 bagi kesemua konstruk. Dapatan kajian yang kedua juga menunjukkan bahawa perbezaan tempat tinggal, jumlah ahli keluarga, pekerjaan utama anak dan tahap pendidikan tertinggi ketua keluarga telah membezakan usaha mereka keluar daripada kemiskinan. Sebaliknya, perspektif agama, etnik, tahap pendidikan tertinggi anak dan taraf perkahwinan responden yang berbeza tidak pula menentukan perbezaan usaha mereka keluar daripada kemiskinan. Kajian ini memberikan implikasi berguna kepada pihak pemegang-taruh (shareholder), seperti kerajaan dan persatuan nelayan di Kuala Perlis samada diperingkat kebangsaan, negeri atau kawsan agar segala perancangan perlu memfokuskan kepada program dan bantuan berbentuk nilai kemahiran diri berbanding aspek kewangan dan fizikal. Nelayan dalam kajian ini menunjukkan bahawa mereka lebih memerlukan khidmat bantuan kemahiran berbentuk nilai insaniah untuk terus mengubah nasib keluarga.

Item Type: Monograph (Project Report)
Additional Information: GERAN UNIVERSITI
Uncontrolled Keywords: Kuala Perlis, Nelayan Miskin, Nelayan Tradisional, Nilai Kemahiran
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology
Divisions: School of Government
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 13 Mar 2024 09:21
Last Modified: 13 Mar 2024 09:21
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30552

Actions (login required)

View Item View Item