mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kajian Terhadap Sistem Penilaian Prestasi Kakitangan Lembaga Zakat Negeri Kedah (S/O 21137)

Abdul Majid, Abdul Halim and Ahmad Razimi, Mohd Shahril and Mohd Shahranee, Izwan Nizal and Saad, Mohamad Suraidi and Meddour, Houcine (2023) Kajian Terhadap Sistem Penilaian Prestasi Kakitangan Lembaga Zakat Negeri Kedah (S/O 21137). Project Report. UUM. (Unpublished)

[thumbnail of 21137.pdf] PDF - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Sistem penilaian prestasi merupakan salah satu elemen utama dalam mengurus sumber manusia dalam organisasi. Matlamat bagi mempastikan sistem tersebut sentiasa berada di tahap yang terbaik sering diberi perhatian oleh pihak pengurusan. Oleh itu, usaha merubah atau mentransformasi sistem berkenaan perlu dilakukan dari masa ke masa. Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) sebagai sebuah lembaga yang bertanggungjawab dalam memastikan kutipan dan agihan zakat serta pelbagai initiatif demi membangun ekonomi ummah, turut memberi perhatian terhadap kepentingan sistem penilaian prestasi tersebut. Ini adalah selaras dengan perkembangan dan runtunan semasa bagi mengekal daya saing selain menyumbang kepada keharmonian di tempat kerja. Projek perundingan ini mengupas dan menganalisa beberapa initiatif dalam mentranformasi sistem penilaian prestasi sehingga tahun 2022 di LZNK. Dalam menyempurnakan projek ini, pendekatan secara kualitatif (teknik temubual kumpulan fokus) dan kuantitatif (soalselidik) dalam kalangan pegawai dan kakitangan telah diaplikasikan. Maklumat dan data yang diperolehi telah dianalisa berasaskan analisis kandungan dan tema serta statistik deskriptif, jadual dan paparan rajah. Tiga bentuk keberhasilan dari analisis yang dilakukan adalah: (i) adanya dokumen rujukan amalan penilaian prestasi sedia ada; (ii) rekod rujukan dari kajian impak sistem penilaian prestasi terhadap kepuasan kerja, produktiviti dan keberkesanan organisasi LZNK; dan (iii) nota cadangan penambahbaikan bagi tahun 2023-2025.

Item Type: Monograph (Project Report)
Additional Information: GERAN AGENSI LUAR (DLM NEGARA) - AWAM
Uncontrolled Keywords: Perundingan; Penilaian Prestasi; Pengurusan Sumber Manusia; Lembaga Zakat Negeri Kedah
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 13 Mar 2024 09:29
Last Modified: 13 Mar 2024 09:29
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30557

Actions (login required)

View Item View Item