mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kajian Penyesuaian Diri (Personal Adjustment) Pelajar Program Asasi Pengurusan Universiti Utara Malaysia Ke Arah Pembinaan Strategi Pembelajaran Berkesan (S/O 13405)

Mamat, Rashidah and Rambely, Nor Azlah Sham and Ismail, Nor Hanani (2023) Kajian Penyesuaian Diri (Personal Adjustment) Pelajar Program Asasi Pengurusan Universiti Utara Malaysia Ke Arah Pembinaan Strategi Pembelajaran Berkesan (S/O 13405). Technical Report. UUM. (Unpublished)

[thumbnail of 13405.pdf] PDF - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengambil langkah proaktif dalam usaha meletakkan negara ke tahap yang lebih tinggi dengan menawarkan Program Asasi Pengurusan kepada pelajar cemerlang di peringkat SPM. Langkah ini bertujuan untuk mempercepatkan usaha menambah peratus modal insan yang mempunyai tahap intelektual cemerlang pada usia lebih muda. Sebagai program yang baru pertama kali di tawarkan di universiti ini, banyak isu yang dilihat memberi impak kepada pembangunan pelajar dan kecemerlangan institusi. Salah satu aspek yang wajar diberi perhatian ialah tahap penyesuaian diri (personal adjustment) pelajar Asasi Pengurusan terhadap persekitaran baru di universiti. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penyesuaian diri pelajar program Asasi Pengurusan UUM dengan persekitaran universiti dalam usaha merangka strategi pembelajaran berkesan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif dengan pendekatan survei, temubual berstruktur dan kajian perpustakaan. Data dikumpulkan melalui pengedaran soal selidik dan soalan temubual berstruktur kepada responden yang terdiri daripada 100 pelajar-pelajar baru Asasi Pengurusan dalam semester pertama pengajian. Tahap penyesuaian diri pelajar asasi di UUM secara keseluruhan menunjukkan tahap sederhana. Begitu juga dari segi dimensi yang terdapat dalam penyesuaian diri (penyesuaian sosial, peribadi-emosi dan komitmen/perapatan institusi) menunjukkan tahap yang sederhana kecuali penyesuaian akademik menunjukkan tahap yang tinggi. Manakala pelajar lelaki lebih menyesuaikan diri dalam kebanyakan aspek berbanding pelajar perempuan. Hasil kajian akan membantu pihak Pusat Pengurusan Asasi untuk membuat penambahbaikan terhadap pengurusan pelajar baru serta mempertingkatkan strategi pengajaran dan pembelajaran berkesan di institusi berkenaan.

Item Type: Monograph (Technical Report)
Additional Information: GERAN PENJANAAN
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: School of Language, Civilisation and Philosophy
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 13 Mar 2024 09:54
Last Modified: 13 Mar 2024 09:54
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30565

Actions (login required)

View Item View Item